Dah seminggu semua tu berlaku..sekejap je masa berjalan.. Majlis aku selesai, majlis kawan baik aku pun selesai..tapi ada kesunyian di sudut hati..bila aku kenang balik, saat shopping sama-sama untuk majlis kami..sama-sama pakai inai...mandi sama-sama dan buat lulur ..pakai mask sama-sama sebelum tidur.. Tahu kah anda aku sendiri tak sanggup nak kenangkan betapa seronoknya kami menghadapi saat saat indah masing masing. Dan bila kawan aku sebut balik kenangan tu aku tak boleh nak kenang balik sebab terlalu manis..dan sangat susah untuk kita ulangi kembali unless her husband bagi kebenaran untuk kami memandangkan aku belum masuk step 2 dan step 3.
Aku ada perkara untuk di kongsi..sakit, pahit, perih. Tapi aku bertahan hanya kerana aku INGIN TERBANG. Tadi aku di marah di tengking, hanya kerana perkhidmatan kami terlalu lembab dan bukan salah aku ye yang menjadikan ianya lambat atau tergendala whatsover tapi para tetamu silalah faham.. Kalau anak-anak kalian, mahupun adik, sepupu, kawan yang bekerja berkaitan dengan customer services seperti aku korang tergamak tengok dorang kena marah hanya kerana kesilapan company yang tunggu masa nak bankrupt? Oh panas juga hati aku sekarang.. Okay..ada sorang kakak tu marah-marah..aku cuma senyum, senyum dan bercakap lemah lembut. Tahu tak, itu bukan aku? Ya kak, saya bertahan hanya kerana saya ingin terbang. Dan bila aku turun air mata turun macam hujan time monsoon, bila aku nak balik, sekali lagi aku terserempak dengan orang yang sama, dengan bagasi yang banyak akak tu tak mampu nak bawak anak-anak dan bagasi sekali gus, ya aku pimpin mereka sampai ke tempat sepatutnya.. Walaupun tadi mak dorang lah tengking aku bagai nak rak.
Korang..korang menggunakan perkhidmatan kami, jadi jelas korang orang yang berkemampuan, dan educated..jadi silalah hormati kerjaya seperti kami.. Saya juga masuk universiti sama seperti anda..cuma saya memilih kerjaya seperti ini tidak bermakna saya tidak terpelajar dan boleh di perkotak tin botolkan...
Published with Blogger-droid v2.0.4
Tweet


