Friday, October 5, 2012

RESEPI: CENDOL SINDARELLA

Hai semua...da lama kan tak update pasal resepi..
Okay aku sememangnya arif bab masakan cincai tapi sedap ni..kann..haha..so kali ni kita kembali lagi dalam episod Beeha Ben dan Resepi!Jadi hari ni aku nak bagi resepi cincai iaitu CENDOL SINDARELLA!!




Mula mula...komponen penting yang korang mesti ada ialah..susu cair cap F&N sebab nya ada promosi jimat 40 sen..

 kan aku da kate..JIMAT  40 SEN. Aku mana boleh tengok diskaun diskaun ni..
 Pastu yang kena ada..semestinya CENDOL!!! yang ni aku beli brand WIN.so aku menang membeli. Cis. harga RM1.90 bagi 0.5 Liter..aku beli dua..rupa rupanya kalau beli yang 1.5 Liter harganya cuma RM3.20 aku baru tau mekkk...pastu aku da beli yang 1.5 L punya je...
 Seterusnya yang mesti ada ialah Nissang Kerek ataupun Gula melaka..Disebabkan aku dekat Terengganu marilah kita menyebutnya Nissang Kerek..
 Cara-caranya ialah..panaskan api, dan cairkan Nissang Kerek..aku guna satu je sebab cukup sangat siap ada lebih lagi (Kalau guna Gula Melaka yang besar) Panaskan dengan sedikit air..sedikiiiit yeeee...

 Kemudian, keluarkan Cendol segera tu..Toskan..dan basuh sehingga di yakini suci dan murni. Tos lagi.

 Lepas tos..letakkan dalam mangkuk besar yang cantik supaya mak ayah korang terliur nak makan..dan tuangkan susu cair ke dalam cendol ni...macam ni..


 Bila nak makan..tuangkan satu sudu Gula melaka cair or sesuka sesedap rasa anda  ke dalam gelas/cawan..kalau agak agak nak buh ais letak la banyak sket kan..kemudian sendukkan cendol yang dah di letak susu cair ni ke dalam cawan ..macam ni...kemudian.,.Minum lah andaaaaaaaaaa..SEDAP GILA!! Semuanya boleh siap dalam masa kurang 10 minit...

 Okay..selamat mencuba!!



6 comments:

Syazwan Che Deraman said...

sedapnyo..
nak semangkok.
jangan dok kerek gak kito nih.

B33HA B3n said...

sile2..jgn malu2...

Unknown said...

Terliuq gila..

Unknown said...

ni try-try nak berniaga ke apa? Tapi nampak sedap, terliug gila..

B33HA B3n said...

haha... niaga ape buat suke2 je...

Unknown said...

Nyummm.. Dapnye..