Wednesday, February 13, 2013

RESEPI: UBI KETUK SINDARELLA

Salam Semua! 

Lama sangat tak post resepi dekat sini. Kan?
Hari ni aku nak share resepi dessert kegemaran aku, cousin dan lain lain. Kalau pergi Rasamas, biasa kami akan order dessert ni. Memandangkan tempat tinggal aku bukan di bandar besar, jadi kami boleh dapatkan ubi kayu di merata tempat. =.= ( Ini Auta bukan Fakta sebab ingatkan SENANG nak dapatkan ubi kayu, tapi susah!!. Cari dekat Pasar besar baru ada) 


So, Ini la Ubi ketuk yang aku maksudkan. Gambar ni dari Rasamas. So, macam mana kalau aku buat?
Yes, tidak secantik RasaMas. Tapi aku pernah buat sama cantik macam RasaMas, malangnya, tak terfikir langsung nak di jadikan modal untuk Blog. Tak ada bukti bergambar. 


Bila aku buat untuk yang kesekian kalinya...Bahan tak cukup..so tak berapa cantik.
Tetapi, rasanya tak berubah walaupun kurang cantik.Terma cantik tu macam yang kat atas ni lah. 

Bahan bahan:

Ubi kayu.
Kelapa muda (Diparut)
Gula
Garam.

Untuk goreng:

Tepung Adabi Serbaguna.
Tepung Beras.


Cara- caranya.

Kupas Ubi kayu. Cuci. Tos, dan rebus sehingga empuk . Jangan lupa rebus bersama garam. 

Bila dah cukup empuk, lembik, boleh lah tutup api, buang air rebusan. Tos.

Masukkan dalam bekas, lenyek ubi kayu selenyek lenyeknya . 

Masukkan Kelapa Muda yang di parut. Gula. Gaul rata. dan sila rasa dulu. Sedap ke tak sebelum goreng.
Bentukkan comel comel macam ni.Buahaha..comel ke..besar gedabak aku tengok.


Untuk goreng,

Campurkan Tepung Adabi Serbaguna bersama tepung beras dengan air. Jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat. Macam nak goreng pisang.

Tapi kali ni, Tepung serbaguna Adabi tu habis, so aku guna Tepung beras, kunyit debu dan garam . Oleh sebab itu, Dia jadi kurang cantiik...Sob..sob..sob...Kemudian. goreng!!


Kan , Tak berapa cantik. Tak sama kalau kita campur 2 jenis tepung tu. So, untuk dapatkan rupa yang cantik, guna la tepung serbaguna tu, dengan tepung beras.Kalau macam ni..sangat tak lawa. 

Bila buat ubi ketuk ni kan..aku belajar jugak jenis jenis ubi kayu. Ingatkan ada sejenis je..banyak rupanya. 

Tak kisah lah kan. 

Okay, Jom makan!

yummyyy!1

7 comments:

4feet8 said...

oo..itu ke namanya? suka juga makan kuih ni..

B33HA B3n said...

namanya kutlet ubi kayu. Ubi ketuk ni nama kampung gitu... ^_^

perjalanan pulang said...

nak rasa sikit..

Nyamuk Terbang said...

tak pernah makan..nk try lah

B33HA B3n said...

panglima: sila sila...

B33HA B3n said...

nyamuk: try la..senang je..

Princess Feyqa said...

makan ng ice cream mst sdp kn huu