Thursday, February 14, 2013

TMT 2013 : TAHUN MELAWAT TERENGGANU

Salam semua.

Tahukah anda, tahun 2013 merupakan TAHUN MELAWAT TERENGGANU (TMT) ?

Haaa?? Dok tahu? Meh nok kabo! Tahung ni ah tahung nawak ganung! Pakak maghi ghama ghama deh! Bowok abih seghepok.

Okay, Faham tak apa aku cakap kat atas tu. Buat buat faham je lah.

Apa aku nak tunjuk dekat anda semua?? Yeaaay..LOGO!

Logo yang telah di cipta oleh Siti Nazira Abdul Rahman, Pelajar Art and Design Uitm clap! clap!





Jadi, 4 Januari 2013 aku hadir ke Majlis pelancaran tahun melawat Terengganu yang dah di rasmikan oleh Menteri Besar Terengganu yang the best! Tak lain tak bukan Datuk Seri Ahmad bin Said. 


Memandangkan smartphone memang cepat habis bateri sebab sebelum pelancaran duk main whats app ,  twitter lah. facebook lah, instagram lah apa apa lah kan..aku seperti biasa cuma ada beberapa keping gambar sahaja yang aku snap sendiri. Sadis kan! Sangat!!

Semua gambar aku gelap macam ni. Buahahahha...

Terengganu jugak melantik Zizan Razak sebagai duta tahun Melawat Terengganu. Masa ni aku tengah siap siap untuk bacaan Ikrar so, tak sempat nak ambik gambar zizan. Ini gambar yang aku ambil dari Sinar Harian 


I do not own this photo [source]

Sebaik sahaja selesai Majlis ni, aku pun terus ke Stadium Tertutup Gong Badak untuk tengok Maharaja Lawak Mega yang memang di langsungkan sempena Majlis ni.. Malangnya, orang beratur terlalu ramai jadi aku pun lepak lepak dekat luar stadium sambil makan makanan ringan dari goodie bag yang aku dapat masa majlis tu. 

ahahah..apsal aku pakai kain batik kan. Yup, aku pakai baju kurung satin tapi berkaitan batik . Sebab langsung tak teringat dekat blouse batik aku. =.= 

Malas sangat nak tunggu untuk masuk stadium, lagipun dah pukul 10 malam, aku terus balik. 

Jadi korang semua, jadikan tahun 2013 ni tahun anda untuk explore negeri terengganu yang cantik, lagi tertarik , menarik ni!

NEGERI CANTIK, BUDAYA MENARIK, INSYAALLAH ORANG NYA PUN BAIK BAIK!!

macam aku....weeeeeeee....





No comments: