Monday, March 4, 2013

RESEPI : PUDING KARAMEL & PUDING KASTARD

Today is Cuti. hoyeh....=.= 

Hari tu mak cik Beeha (Eh tetiba guna ganti diri nama sendiri -penangan baca entry lama lah ni)  ajak la Beeha g umah dia.Tolong buatkan 2 jenis puding. Beeha pun dengan segera memecut ke rumah mak cik yang beza umur dengan Beeha 4 tahun je. Hee...

Mula mula mak cik Beeha cakap,tolong buat puding karamel je tiba tiba dia cakap lagi tolong buat puding kastard sekali. Okay, tak ada masalah. 

Jom semak resepi puding karamel Sindarella nih okay. Sebab biasalah Beeha kan cuma akan publish resepi yang agak agak semua peringkat umur boleh buat.  tak suka buat mende2 yang complicated ni kan...budak sekolah rendah pun boleh cuba ye..

PUDING KARAMEL SINDARELLA VOL II

Karamel:

5 Sudu Gula, 
Dipanaskan di dalam loyang sehingga warna bertukar keperangan.

Lepas tu terus aku letak dalam periuk pengukus yang dah siap siap letak air dah. 

Puding

7 Biji Telur
7 sudu Gula ( Kalau guna 5 Biji Telur, letaklah 5 sudu.)
Satu tin susu sejat 
Satu tin air.
2 Sudu tepung jagung/ tepung kastard
1 sudu essen vanilla.

Kacau semuanya elok elok sebati .Kemudian, Tapis. Masukkan dalam loyang.
Kukus . Agak agak dah masak tu... letak je dalam peti ais dalam 2jam. Dah sejuk, terbalikkan loyang, dan Taraaaaaaaaaa...

Dapat lah macam ni.


Istimewanya, sukatan yang Beeha buat ni, akan jadikan puding anda tidak terlalu manis.Jadi bagi anda yang tak suka manis, boleh gunakan sukatan ni, akan rasa sedang sedang sahaja. 

 Beeha buat 2 loyang hari tu.

Semasa masih dalam loyang.
NEXT!!

PUDING KASTARD SINDARELLA

Suka hati je bagi nama . Haha.

Bahan-bahannya:

Kastard

1 Paket tepung kastard. (Beeha pakai brand Nona. Dah tu je yang ada dekat pasaraya =.=)
6 Gelas air.

Masak atas api yang sederhana menggunakan kuali non stick dan senduk kayu. Lenguh tangan sebab nak kena kacau dengan lemah gemalai. 

Bila dah kental tu. Tutup api, dan tuangkan dalam bekas. Sejukkan.




Kuah Susu ( Suka hati jugak bagi nama)

2 Tin Susu cair.
1/2 tin Susu pekat manis
1/2 air
secubit garam
2 sudu tepung jagung
esen vanilla (Suka suka letak. Buahahha) 
Buahan campuran dalam tin
Laici dalam tin.

Masak Susu cair, susu pekat, air, garam, tepung jagung, esen atas api sederhana sehingga didih. Kacau sentiasa.

Sejukkan, dan letakkan buahan campuran (Buang dulu air dalam tin) dan laici dalam kuah tu. (Eh Asal pelik je sebut kuah dalam puding erk) 

oKay Siap...


Jemput makan semua... 

Bye!!

1 comment:

Nur Mai said...

nmpk sdap....insyaAllah 6ti nk try wat la..bln pose pun dh dekat blh wat utk brbuke...mmmmm..... ;p