Sunday, January 23, 2011

BERTEMU TUN DR. MAHATHIR







" esok kita kena berkumpul dekat villa Sentosa belakang tu"
"Buek apo??"
"Tun Mahathir nak datang, so semua penduduk kg. kena menjemput la"


Ketika ayat tersebut di habiskan ,aku bertanya sekali lagi:


" SAPE???!!"
"Tun Mahathir"


Memang agak meng-excited-kan aku sebab sudah 17 tahun aku menyimpan hasrat itu!
Memang ada peluang bertemu, tapi ada sahaja halangan. Tapi kali ini, aku betul-betul  dapat jumpa Tun!

Seawal pukul 7.45 Pm aku dah bersiap-siap nak ke Villa Sentosa. Housemate aku pun nak ikut sekali sebab aku asyik duk pot pet pasal kehebatan Tun, ( Saja nak remind, sebab mereka LUPA) 


" Kena datang tepat wei, Tun anti dengan masa ni, "
Ececec..pandai je aku suruh housemate aku cepat-cepat kan. 


ini rumah sewa di sini,
sangat-sangat dekat dengan kampus.
Dari tingkat 9 UitmBM, da boleh nampak umah ni.

TQ, mak cik sebab bagi rumah yang besh ni!
( tapi still dalam pembinaan)


okey, berbalik pada Tun tadi, sampai je dekat tempat majlis, rupa-rupanya tempat duduk adalah santai, dengan berlatar belakang river cruise of Malacca, aku pilih tempat duduk betul-betul belakang VIP. Semua Datuk, Datin YB Adun dan EXCO . Saja nak perhatikan pemimpin-pemimpin negeri Melaka. Hee..Pemimipin Terengganu dah biasa tengok..ni nak tengok Melaka pulak.

Bila sampainya Tun ke acara Majlis, tiba-tiba rasa sebak, Sebab 17 tahun aku impikan bertemu Tun. 

Gambar tak clear sangat,by Blackberry, biasalah kan. :(


ini ketika Tun Mahathir Menyampaikan ucapan! 
Tun Pesan..JANGAN LUPA ASAL USUL kita!

pastu adalah persembahan dari Yayasan Saad College
Lagu MY WAY pun ada!
ok perhatikan!


pemimpin berjiwa rakyat! YB ADUN ni,
tolong potongkan makanan untuk pak cik ni!


sebenarnya itu meja untuk YB-YB ADUN, tetapi aku pun tak sure macam mana YB ni boleh jemput pak cik ni makan sekali, siap potongkan lagi. 


ketika nak Tun bak berangkat balik, 
aku sempat bersalaman dengan  Tun Mahathir
sebelah kiri ini adalah kepala saya,
Photo di capture oleh Aiman.




sampai hati kan, masa aku salam tu, Aiman tak sempat ambil gambar, bila dah angkat kepala, baru Aiman snap. Jadi la macam ni..sob..sob..Takpe..tak pe..NEXT TIME! heeeeeeee...

Itu sahaja, Teater Muzikal Tun Mahathir Season 2 dah tengok ke belum???
Hee..Semoga Tun terus di beri kesihatan yang baik dan diberkati Allah Hendak-Nya, RAKYAT MALAYSIA AMAT MENYAYANGIMU!

LOKASI: KG.MORTEN MELAKA.
TARIKH: 19 JANUARI 2011

*tiba-tiba rasa dah jadi sebahagian penduduk Kg. Morten, sebab menyertai acara kelolaan Kg. ni.* heee..


------------------------------------------------------------------------------------------

“Perjuangan Belum Selesai”


Sunday, January 16, 2011

AKU MERUPAKAN PENAGIH KOPI TEGAR


Ceyt! statement xleh bla.
Rasa nak tulis pasal kopi sebab rupa-rupanya kawan-kawan baru di sini dah mula perasan, aku minum kopi setiap hari!

heeeee...........
Aku pun tak sedar!
Dari kecil, sampai remaja..SUSU DAN SOYA memang tak dapat di pisahkan!
Masa Form 1- form 3 Waktu supper..Aku memang suka pergi minum milo yang di bancuh dengan susu tepung oleh kak Tie, Kakak tukang masak dekat Asrama! Kawan-kawan aku biasanya tak pergi pon...


Masuk Form 4 aku tukar kepada Susu Soya. So, mesti kena ada soya dalam Locker! Pernah aku terbeli soya masam! Adoi! Bodo sekejap time tu..




Masuk Universiti still bawak susu. Tapi susu menyebakan aku lena tidur....hee....sampai malas nak buat drawing, sketches dan lain-lain. ALASAN.

So, sejak bila aku pun tak pasti..KOPI menjadi minuman wajib aku! 
Tak kisah la kopi Starbucks ke, Old Town ke..( Dulu la pergi..sekarang tak pergi dah!) , restoren, mahupun breakfast di hotel, Kedai makan tepi jalan, pasti aku memilih KOPI. KECUALI breakfast dekat McD dengan Dak loy hari tu, Order Coke! Coyt! 

Erk. tapi apa keburukan KOPI wei??

MAKSUD KOPI

Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi, bagi tumbuhan kopi. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan perangsang pada manusia. Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai itu di seluruh dunia
  -plagiat dari Wikepedia!!

Tapi cuti Chinese New year ni, aku nak pergi minum KOPI kat sini.

KOPI KEMAMAN!



Apa yang special sangat pasal KOPI KEMAMAN ni? Entah, tapi kat Terengganu Memang famous habis! Pernah aku pergi kedai Kopi di KL, lupa Kedai apa...(Singgah, bukan minum pon ekekeke..) Banyak kopi yang di sajikan di situ termasuk dari Eropah, timiur tengah, US, tiba-tiba,  tertulis KOPI KEMAMAN pon ada jugak! heee...

nak tengok macam mana KOPI KEMAMAN tu?KLIK SINI!!

TATA!!