Lama sungguh tak menulis. Sibuk dengan pelbagai perkara.
Sibuk dengan kerjaya, bisnes dan hobi.
Aku dah post sebahagian dari coretan ni dekat blog satu lagi...tapi dah kawan aku tanya..kenapa cari di sini tak jumpa...jadi aku post di sini... :)
Beberapa bulan lalu..terbaca tentang seorang sahabat yang
cukup rapat dengan aku suatu ketika dahulu telah kehilangan ibu yang tercinta.
Sungguh, itulah perkara yang paling di takuti, yang paling tidak mampu untuk
aku fikirkan atau membayangkan nya.
Melalui pengalaman mak di masukkan ke wad pun sudah cukup
buat dunia rasa gelap gelita.
Aku bukanlah anak yang rapat dengan ibu bapa.Lebih
kepada Anak yang degil, bermasalah,
lantang, dan keras kepala entah hape hapeee…
Beberapa minggu sebelum mak di masukkan ke wad, dia agak
tidak bermaya. Asyik merungut sakit perut yang amat sangat. Aku agak itu
simpton biasa kerana mak menghidap gastric.
Pada awalnya, abah aku pun tak berapa pandang serius dengan
apa yang mak aku bagitau, so aku lagi lah buat don’t know..tapi dalam hati
masih terfikir beberapa kemungkinan, tapi aku nafikan dalam minda aku. Degil?
Pada suatu hari tu, mak aku mengadu lah yang air kencing dia sangat kuning. Bukan
kuning je, coklat kemerahan-merahan. Aku pun ceramah mak aku tentang pentingnya
minum air masak yang cukup. Mak aku diam je, mungkin dia rasa betul kot apa
yang aku cakap..
Then , aku terfikir lah mak aku ni selalunya kalau dia
tinggal sorang, mula lah sakit itu ini..so aku rasa dia stress. Sebab masa abah aku kena kursus dalam 3 Bulan gitu..dia
start gastric . Tak lalu makan..monyok..
Pernah hari tu..kakak aku transfer kerja ke KL, setelah
beberapa tahun di Terengganu, lepas tu datang balik sakit yang sama….konon
rindu anak la kiranya .
Kali ni, aku pulak dah ada rumah sendiri , dah tak tinggal
dengan keluarga setelah bertahun-tahun lepas grad aku duduk dengan family. Tapi
aku fikir macam tak logic, sebab aku sentiasa balik rumah. Lepas tu mak aku
bukan risau sgt pasal aku berbanding adik2 yang lain…tapi kakak aku pun bagi
teori tu..aku iakan aje lah…..
Di jadikan cerita..21 Disember 2014 Makcik aku call Tanya
aku, mana mak aku pergi.. sebab dia ada hantar breakfast ni…(sebab mak aku dah
beberapa minggu tak berapa sihat ) . Masa tu aku dekat office, so aku cakap la
kena Tanya adik aku si Hero tu..Masa ni, aku dah berdebar debar dah… Then lepas
tu mak aku bagitau dia ke Hospital Government kat Kole Berang. Masih sama bagi
ubat Gastrik. Masa ni aku rasa geram gak ah..takkan la doc tu tak rasa pelik,
mak aku dah g macam-macam klnik government ( rasanya dorang kan macam details
sket buat kerja –skema dan cekap ) tak kan tak boleh detect mak sakit apa.
Lepas tu mak aku bagitau dia nak g try buat pemeriksaan dkt
KMC kuantan, sebab memang mak aku biasa buat dekat sana. Pak cik aku akan hantar. Musim tu pulak
banjir + musim perayaan atas nasihat mak cik aku pulak, mak aku buat
pemeriksaan dekat KTS, K.Terengganu.
Masa ni perasaan aku biasa-biasa sahaja..aku tak fikir
apa-apa yang serius pun sehinggalah……
Kakak call aku, Tanya bila aku balik. Aku cakap lah esok lah
aku balik. Kakak aku dalam nada menangis suruh aku balik hari ni… bawak kereta
elok-elok. Aku dengar je kakak aku cakap
macam tu terus menangis, meraung, tersedu sedan..haaaaaa..amek kau…tau pun
kelam kabut..tau pun yang kau tak boleh terima fakta yang mak tengah sakit. Aku
ingat aku ni anak yang kurang rapat, kira macam tak berapa nak sedih laaaahhh
konon. Ego semata mata!! Meraung sampai satu ofis boleh dengar..nasib baik lah
Cuma ada sorang pegawai je masa tu…
Aku pun terus call mak cik aku..tanya kondisi mak aku..Mak
cik aku macam bagi jawapan bertenang…tapi macam baru lepas menangis. Adik akui
di UM beberapa hari lagi nak exam..kakak aku pulak tak bagi aku bagitau adik.
Pergh..dilema, serba salah. Kakak aku pulak..dah start kerete dari KL nak balik
ke Terengganu. Semua kelam kabut nak balik.
Serius masa ni , macam-macam aku fikir…tak berdaya nak
fikir..yang penting..aku masih belum bersedia…
Aku pun terus start kereta..balik..padahal aku ada satu hari
lagi bekerja sebelum cuti.Bayangkan, perkara terjadi tanpa di duga. Sepanjang
aku dapat lessen memandu aku tak pernah pandu kereta lebih 80km/h jadi , korang
bayangkan…bila jadi macam ni…macam mana aku drive….hahahhahaha.. Buat pertama
kali memandu dengan 100km/h .Sekali tu je…aku ni tergolong dalam orang yang
takut memandu laju…paling power dah tu..kih3…
Sepanjang perjalanan, pendrive kereta aku asyik play lagu “Without
You “Aman AF tu…sejak menjangkau dewasa ni..lagu-lagu cinta dah tak tuju dekat
bf dah…semua dekat parents…bercucuran air mata wei…terkenangkan mak tengah
sakit…uwaaaaaaaaaaa….
Sampai rumah aku, abah suruh kemas kain baju mak.Nak bawak g
spital,…aku ni tak biasa kemas almari mak aku..err..tak pernah kemas..masa ni
rasa nak nangis…nak suh adik bongsu aku balik…pleaseee..(dia je biasa kemas )
Last aku terbawak kain batik yang mak aku da pakai banyak kali..(Harian) Baju yang mak aku pakai duk rumah, kira tak lawo la kata orang..sape suruh mak aku punya almari besor gedabok berpintu-pintu…hahahah..kelam kabut..padahal baju yang ok2 ada dekat section dial ah..aku je blur tak reti nak tengok..hati gundah gulana, cari barang pun tak jumpa.
Last aku terbawak kain batik yang mak aku da pakai banyak kali..(Harian) Baju yang mak aku pakai duk rumah, kira tak lawo la kata orang..sape suruh mak aku punya almari besor gedabok berpintu-pintu…hahahah..kelam kabut..padahal baju yang ok2 ada dekat section dial ah..aku je blur tak reti nak tengok..hati gundah gulana, cari barang pun tak jumpa.
Sampai dekat hospital, aku macam terkejut, kenapa mak dapat
bilik share …xde bilik single ke..abah aku kata, hospital cakap dah penuh.
Grrrr…Aku pun cakap lah..”dorang ingat tak mampu kot “ eh x pelah janji mak aku selesa dah ok…
Grrrr…Aku pun cakap lah..”dorang ingat tak mampu kot “ eh x pelah janji mak aku selesa dah ok…
Macam biasa..ANAK YANG BANYAK DOSA NI..bila mak dia
sakit..dia yang paling rajin. Hahahhahha..pantang mak aku gerak sikit..terus
aku Tanya mak aku nak apa..biar aku buatkan.Memang tip top ah aku bagi…bukan
ape…aku ni banyak dosa…hahahhaha..nak mintak ampun depan2 dengan lafaz malu…buang
tebiat…so..dengan perbuatan je lah…
Mak aku nak susu kul 4 pagi pun aku bangun..pendek kata tak
tido pun…sape kate aku rajin?? Hahaha..Aku Cuma fikir..masa aku kecik…tak kira
waktu..mak aku bangun je bagi susu dekat aku… kenapa aku tak boleh?
Bila mak aku nak buang air……memang
la jujur kalau dalam keadaan mak kau sihat happy huha..kalau dia suruh…haram
nak buat..mesti tak mau ah!! Tapi bila dia sakit…automatic dah xde malas2 dah….masa
kecik mak aku cuci berak kencing..dia ada kata geli ke??? Tak de kan…
So…aku Cuma fikir…dulu mak dah pernah buat segalanya untuk
aku…..sampai nak kerja pun macam-macam mak aku tolong…..
Alhamdulillah….Mak aku dah pulih….walaupun Cuma 2 Hari…perbelanjaan kos hospital menjangkau 4k
.…Mak aku siap pesan…ambik insurans…kalau sakit senang…mak aku takde insurans…zaman
kerja dulu ada lah..tapi langsung tak pernah guna…sayang….
Duit tak boleh beli kesihatan..tapi kalau tak de duit..susah
jugak nak berubat….
Kesimpulannya....bahagia kan mak sementara dia masih ada....berapa lama lagi masa yang tuhan pinjamkan dia untuk kita......
Dah..babai. ASSALAMUALAIKUM..
I LOVE U MAK. HAPPY BIRTHDAY!!
Tweet
No comments:
Post a Comment