Tuesday, August 16, 2011

KADANG-KADANG AKU HILANG RASA PERCAYA.#6





********************************************

Cinta selalu di kaitkan dengan ditinggalkan dan meninggalkan. Kita selalunya akan merungut, kenapa kita di uji dengan dugaan yang sebegitu berat,sedangkan kita tidak mampu menanggungnya. dan seringkali itu juga Mereka akan berkata, kita mampu ..Tuhan akan menguji dengan kemampuan kita,tapi kita sendiri tahu kita tidak mampu.

*************************

Aku nampak dia. Tersenyum dari jauh. Setiap minggu, pasti dia akan hadir menemani hari-hari gelakpku. Aku khuatir, seandainya perasaan ku pada masa lalu, tidak pernah berubah, bagaimana dengan dia? Ah, lelaki ditolak sekalipun mereka bisa mencari pengganti sekelip mata.

Rasanya seperti sudah lama tidak menatap wajahnya.Senyumnya. Aku senyum lagi. 

"Hari ni pergi Mesra Mall nak?" Soal ku. Sudah lama tak ke Kerteh. Rindu ombak dan pantai di sana.
"Kalau nak pergi Kerteh baik I turun dekat Airport Kerteh" Ujarnya. 
Aku diam. Kecewa. 

"U tak nak pergi lah?" 
"Nak"

Hati ingin menjerit. Gembira. Bukan selalu ada peluang begini. Rata-rata kawan perempuan agak sibuk dengan urusan masing-masing. Tak perlu tanya mereka . Lihat saja aktiviti mereka di facebook. Tagged gambar nikah, tempah kad kahwin, baju pengantin, bahagia sungguh. Bahagia lihat mereka.
Aku? masih sepi. Tanpa sesiapa.

Perjalan ke Kerteh mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah melalui jalan pantai. Sebenarnya aku sendiri tidak pasti, apa corak penulisan yang ingin aku gambarkan. Aku langsung tiada idea untuk menulis suasana yang di rasakan ketika itu. Cuma aku ingat soalannya.

"Macam mana rasa kehilangan?"

Diam. bisu. Tiada siapa bersuara. 

"Rasa kehilangan?" Aku mengeluh. SAKIT. KEHILANGAN ITU SAKIT. Kelu. Tanpa kata. 

*****************

Ada yang hilang
Ketika kau hilang
Hatiku
Jiwaku
Ada yang pergi
Ketika kau pergi
Senyumku
Tawaku
Hidupku ikut hilang bersamamu
Cintaku ikut pergi bersamamu
Sementara aku masih disini
Mencuba tegak berdiri
Tanpamu.


Tentang dia ,2004



Dalam kita melangkah terkadang kita diuji dengan ujian yang terasa beratnya hingga kita terduduk dan menangis menyesalinya.

Peritnya, kesakitannya dan kesedihannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Tetapi ketahuilah & renungilah kembali kerna mungkin air mata yang gugur tika itu hadir kerna Dia mahu kita menjahit sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada duri-duri yang tersasar daripada ruang keikhlasan

Thaqifah Nafisah Hussain, to me 2011



"mi, nak tau tak? I pernah baca dekat satu blog cinta."

Aku  pandang wajahnya lagi. Menunggu si dia menghabiskan kata-katanya


"Ada seorang laki-laki pernah bertanya kepada Hasan bin ‘Ali:
Saya punya seorang puteri. Siapakah yang patut menjadi suaminya menurut anda?”


Jawabnya:

“Seorang laki-laki yang bertaqwa kepada Allah. Sebab jika dia senang, dia akan sudi menghormatinya, dan jika dia sedang marah, dia tak suka berbuat zalim kepadanya”.

*******

Aku mengeluh lagi. Entahlah. Kadang-kadang aku Hilang Rasa Percaya.

****

3 comments:

biela bell said...

haish..kena pkul dgn laki..ape ke truknyer..sabar yer..
;)

Eintan Nurfuzie said...

ya, cik en kadang2 akan rasa cam2

Anonymous said...

perkuatkan diri. segala kemungkinan pasti berlaku. bila diri tersedia, mental juga bersedia. saat itu, anda kuat. oh. kepercayaan itu perlu dicari bkn ditunggu. semestinya perlukan masa. bukan sesaat dua. mungkin bertahun. yang lalu, tidak boleh diubah. kalau masih tetap ditatapi, ditangisi, dan juga masih diingati, sampai bila akan maju? sedangkan hati dan ingatan masih tetap sebegitu. perlu keluar dari tempat itu. agar semua menjadi ceria.

kepercayaan itu suatu nikmat.

tanya pada allah jika berlaku kekusutan dan juga kerunsingan. :)