Friday, October 21, 2011

MARI BELAJAR: ANTARA BAHASA KELANTAN DAN TERENGGANU

 Tadi Beeha blogwalking Blog ENTRY SINI Then terbaca pasal bahasa-bahasa yang digunakan orang kelantan. Eh silap, perkataan-perkataan dalam loghat Kelantan. Actually Beeha sangat-sangat ramai kawan orang Kelantan. Ada yang betul-betul baik dan ada juga perangai rasa nak sepak laju-laju. Tapi mana-mana negeri pun sama je..tak semestinya kau orang Selangor kau SUCI? Ye dok?dan tak semestinya kau orang PAHANG, kau mulia sangat. Contoh je la kan...


Aku tak tau sangat nak cari vocarb yang rare  sebagai contoh, tapi aku banyak ajar kawan-kawan aku cara nak bercakap dalam bahasa terengganu.

Contoh

Ikan di makan oleh Kucing,

Jadi dalam bahasa Ganu kita sebut

"Ikammakkang Kuccing" 

Kalau bahasa Kelantan, ikan tu "Ike" Makan is "make"

korang pun tahu kalau kelantan ada e di hujung perkataan tapi terengganu ada G. 
Tapi tak banyak la beza, eh tapi aku rasa banyak beza. Kalau tengok cerita dekat TV, kalau nak cakap bahasa Terengganu, tapi tersalah guna bahasa Kelantan. Banyak kali la jugak aku dengar.

Ni aku bagi sket perbezaan ganu dengan Kelantan
Warna Pink tu Ganu, warna biru Kelantan



Rambutan: Moktang #Mokte
Cakna (Ni bahasa standard dalam kamus means ambil tahu) : Cakne # cakno
Kesian : Ssianng/ nyaknye # nyaknyo
Buang: Tohok #tohok
Susah/payah : Ghohok#Ghohok
Makan: Makang# make
Tilam: Tilang# Tile
Bantal: Bata
Kereta : Khette # khetto
Jam tangan: Jang tangang# Je tange

Terengganu pun ada bahasa penguat...korang ada tak? Ni contoh bahasa penguat dalam bahasa Kelantan, 

  • manis LLETING
  • masin PPEGHAK
  • pahit LLEPE
  • mase PPUGHIK
  • tawar EBER
  • putih SSUEHh
  • ite LLEGE
  • biru KKETU
  • kuning NNEHE
  • kenye BBONYAH
  • comel LLOTE
  • gemuk DDEBOk
  • busuk BANGA
  • hapok KOHONG
  • nnakut/penakut apah
  • cerhoh/cerah jheriloh
  • jatuh celabok
  • kuca hanya

TAPI KALAU BAHASA TERENGGANU LAIN PULA..tapi ada yang sama,

Digunakan untuk kuatkan sesuatu ayat contoh adik korang buat air kopi manis yang teramat sangat, so korang cakap la  

"Woh! Manih Lleting ait kopi mu wat!"

  • manih LLETING bermaksud manis sangat2
  • masing GHEBING 
  • pahit LEPPING
  • masang err..aku lupa ah ape dia..anyone?
  • tawar HEBER
  • putih LLEPPUK bermaksud putih sangat2
  • itang LLEGGANG bermaksud hitam sangat2
  • kuning SSIOOR bermaksud kuning sangat2
  • comel LLOTE bermaksud cantik sangat 
  • gemuk DDEBOk bermaksud Gemuk sangat
  • busuk BANGO/ KOHONG bermaksud Busuk nak mam
  • Kemah KEMING bermaksud Kemas betul la tu
  • kuca hanya/Lana bermaksud Kacau Bilau

Dan yang ni ayat favourite aku

"UDOH SEPPANG KOONG"

yang bermaksud hodoh yang amat sangat.



Tu je la contoh. Bahasa Terengganu ni kadang-kadang berbeza mengikut daerah. Contoh, Setiu dan Besut dorang dah bahasa macam Kelantan sket..Kalau orang Kuala Terengganu Utara ada nada sendiri..Kuala Terengganu macam Terengganu la..Marang pulak ada kampung-kampung yang dialek berbeza, Hulu Terengganu seperti Kuala Berang pun ada dialek dan nahu sendiri, Dungun mungkin sama dengan Kuala Terengganu, Kalau orang Kemaman pun sama la kot..

Tapi kalau korang dengar aku bercakap Terengganu, korang jangan percaya bulat-bulat sebab ramai kawan-kawan aku yang KL, kedah, Johor , melaka cakap bahasa aku tak sama dengan kawan-kawan Terengganu dia. Kadang-kadang orang tak tahu aku orang Terengganu. 

Tu adalah disebabkan aku tak di besarkan di Terengganu. Aku boleh cakap pekat Terengganu sebab pernah sek rendah beberapa tahun di Terengganu then secondary school semua kat Terengganu, tapi ada sesetengah word aku tak boleh nak mix and match dengan bahasa Terengganu. 

Macam hari tu sekali aku ke Dungun, borak dengan sorang pegawai Daerah, borak-borak then pakcik tu tanya, aku bukan orang Terengganu kan? Padahal masa tu aku guna 100% bahasa Terengganu, ala contoh macam Mat salleh cakap bahasa Malaysia, memang Bahasa Malaysia tapi nahu dan nada tak lambangkan dia orang Malaysia. Sama la macam aku. 

Oh ya kalau kata ganti nama Orang terengganu pakai Mung atau Mu, kadang-kadang ambe, (Hamba)..tapi aku selalu guna mu. Jarang la aku pakai Mung sebab nampak kasar sangat. Kalau "korang" aku biasa cakap "Koghang " tapi aku rasa orang terengganu pakai "muorang " kot. Hee

Apa aku ni nak ajar sangat tapi tak kompem. 


Wey kalau aku salah tolong la bagitau. 

Bye. Uddoh seppang Koong. Hahha..bestnye sebut ayat ni.



6 comments:

AdliaFarhana said...

dialek kemaman lain sket la kak,sni dialek2 campur2 dah,kechek kalau ikut trg pure tipu,tpi org cni cakap mintak,

B33HA LoV4to said...

ye ke adlia..haha..akak ingat kechek tu bahasa kelantan..eh kechek tu bukan maksudnya "cakap" contoh ayat: kecek ganu. eh asal mintak plak.


eh akak da pening da..hahah..dah byk campure dah skrg kan..org2 tua je yang original..

♥ Elin ♥ said...

waahhh..belit2 lidh nak nyebut nyer..


x nak blja bahasa negori 9 pulak ker? :p

What cute names do you call your

HUSBAND?



1st Giveaway vanillacheze.com

B33HA LoV4to said...

elin: bahasa nogori? wah menarik gak tu..haha

AdliaFarhana said...

bukan kechek tu,ni cam ngechek.nk eje pun susah. tapi mmg dialek kemaman lain la dri trg pure.

alexa yussida said...

aaa teringat zaman maktab la..rindu rumet yg pekat ckp ganu XD