Thursday, December 29, 2011

AKU DAN ETUDE HOUSE

Sebenarnya dah lama aku pergi..tapi sebab blog aku ni harus di update, jadi nak cerita jugak la walaupun tak seberapa. Memandangkan di pantai timur tak da Etude House, jadi aku menapak juga ke pantai Barat demi Etude House. Ceyh!!

So aku beli ni, shower cream Petit Bijou, dan Body lotion Petit Bijou. Disebabkan aku tak boleh tak ada benda ni, jadi aku beli jugak. Sebab maybe tak akan ada lagi dah..RM30 untuk 1 set, Murah nak mampus, dah la percuma kotak merah ni, memang sayang la kalau tak rembat..



Bau dia memang amat sangat best. Lembut je dan tahan lama jugak.Rasa segar je..
Then paling best..aku memang suka kalau dapat hadiah free ni..
Disebakan belian aku melebihi RM120 so dapat pouch ni


seperti yang tertera pada iklan di bawah ini..


okay tu je..bye darla!

Sunday, December 11, 2011

OMBAK RINDU: JANGAN SAKITI PANTAI LAGI.

Hari tu aku pergi Shah Alam lepas balik dari KLIA. pergi KLIA sebab mencari calon suami . hampeh tak jumpa. Cait!!  tipu

Aku pergi Shah Alam, sampai tu kawan aku si cantik Ray ambik. Terus bawak aku pergi bukit Raja tengok ombak Rindu. Sebenarnya aku cadang nak pergi tengok dengan mr. pertama. tapi dia tak bagi hint apa-apa pun, asyik aku je.malu la aku. Bila aku buat diam..pandai ye tanya orang tu..kenapa aku tak datang...nak tengok sesama...aku terperasan seketika walaupun itu cuma gurauan yang buat hati aku berbunga-bunga. Hak3x..joking! +.+



okay ..aku cadang nak nangis sepuas puas hati tengok OMBAK RINDU ni..tapi hampeh..aku tak nangis. Baru nak feeling aku tergelak tengok LISA SURIHANI.

Watak Lisa sebagai  Mila macam watak aku weh. Aku perasan je kot. Tapi aku tak la seganas lisa dalam tu...tak da la mengamuk...perasan lew tu.

Maya karin bagi aku memang menjiwai watak..Aaron pun. Tapi aku tak pulak jatuh cinta dengan Haris. Entah la.

Cerita memang superb la..memandangkan ni adaptasi dari novel yang kedua aku baca selepas Jendela Hati . Aku baca masa aku form 1 kot Ombak Rindu ni. Tak silap la..dalam umur 13-15 macam tu..sekarang aku dah 23 tahun.  Ombak rindu antara terawal yang aku baca. Lepas tu sambungan dia pun aku baca jugak.

Apa yang aku nak cakap dan puji pada filem ni adalah Sountrack filem yang memang superb habis.
Hafiz dan Adira adalah pilihan yang tepat untuk filem ni. Lagu-lagu pun memang kena. Semua best gila!!

Paling aku suka lagu Untuk kamu by hafiz..



Next Mesti lah lagu Ombak Rindu!!! Hafiz feat Adira. Aku suka gila weh suara Adira...sedap! dari AF lagi memang BESH!! Lirik lagu ni memang aku layan habis... " Tuhan tolong lembutkan hati dia...untuk terima ku..seadanya..." then "tuhan aku tahu banyak dosa ku..Hanya ingat kamu kala duka ku" dan juga.."Malam, kau bawalah rindu ku untuk dirinya yang jauh dariku."

Layaaaaaann...hahhah...


Last paling aku suka...

Lara Lagi by Adira.

Lagu ni aku macam penah dengar..instrumental nya..dalam blog Zack Zukhairi dalam video-video kartun dia..ke ni lagu lama aku baru tahu weh?? hee...Dengar lagu ni rasa nak menangis. Sabooo je laaa...



Tu je!! thanks Ray sebab teman I...u memang cantik !! 
Ni pertemuan pertama aku dengan Ray selepas 5 August 2010 dulu... :) 

"Redha itu ikhlas..Pasrah itu Menyerah"


Tetiba rancangan awal datang nak pergi KLIA ...menjadi rancangan menonton wayang. Sungguh pelik. Macam tak boleh tengok dekat sini je. haha