Sunday, February 19, 2012

CEREKARAMA TV3 : JUJUR AKU DAYUS

Aku  tak tengok Iklan cerita ni, cuma aku baca ada orang tweet  menyatakan Nora Danish, Irma Hasmi dan Abang Beto (eh tetibe abang plak)  berlakon dalam cerita ni.



WOW! aku suspek mesti sebuah cerita yang baik sebab abang Beto ada.
So, tidak membuang masa aku pun menonton sepenuh hati ku dan penghayatan. =.=

Memang aku banyak berteka teki tengok cerita ni. Rasa keliru. 

Sebab cerita dia cenggini...

Ed (Beto ) mintak nak kahwin dengan Lis ( Nora) Dorang ni kiranya pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain.

Ayah Lis (Hafizzudin) ni plak seorang dato' yang sangat-sangat caring anaknya. Lis ni pada mulanya agak liar, hidup gaya mat salleh, so Ed ni kiranya telah membuka pintu hati Lis untuk berubah dan menjalani kehidupan seorang muslimah. (Oh, aku pun harapkan ada lelaki sebegitu)

Suatu malam di awal perkahwinan, Ed ajak Lis ke Jepun, sebab dia koje kat sana. Lis tak mau.

Tiba-tiba scene berubah. Ed koma akibat excident. Masa ni aku pelik. Aku ingatkan Aisyah (Lakonan Irma si cantik) ni berubah jadi Lis ke apa. Sebab tiba-tiba kan dia muncul.

Lepas Ed sembuh dari Koma, Ed ni macam tak berapa baik dengan Lis. Tak jalankan tanggungjawab sebagai suami. Macam ada something.Ed pulak macam rapat gila dengan Aisyah (Irma)

Tapi masa scene dekat hospital, Ed ada cakap apa yang dia ingat kali terakhir sebelum dia koma adalah dia nak ceraikan Isteri dia. 

Aku dah confius dah. Siapa Isteri dia yang nak di ceraikan tu? Irma tu kot...cee.. andaian aku lah tu.
So, cerita ni memang banyak tanda tanya untuk aku. Tambah lagi kehadiran ex bf Lis masa akad nikah dorang. Aku tunggu gak bila laki tu nak kuar.


Sinopsis cerita ni, korang boleh baca dekat [SINI]  Gua dah blur nak cerita macam mana. Kui3

1#Kesimpulan aku boleh buat, Cerita ni  bagus sangat-sangat, sebab menceritakan tentang seorang lelaki yang berjaya membimbing seorang wanita supaya lebih mencintai Agama.

2# Ketaatan dan kesabaran seorang isteri terhadap suami,dan ayah.
3# Ikatan persaudaraan antara adik beradik. So cool huh!
4#Juga tak lupa ikatan persahabatan yang kuat, saling tolong menolong satu sama lain.

Pengajaran dia paling baik, KALAU DAH ADA LAKI, JANGAN GEDIX NAK KELUAR DENGAN LAKI LAIN. 


#tapi tadi aku ada baca dekat twitter. Tajuk cerita ni kurang relevan sebab Lelaki yang dayus xleh masuk Syurga. Ye ke? Aku tak tau dan tidak arif. ^_^ Macam penulis tu tak setuju dengan tajuk cerita je, jalan cerita OK. 

5 comments:

Diyana Norman said...

sokong sangat..bes giler cerita ni.. siap nangis huhu

cinta siswi said...

ala..xtengok pun.. sebab eseimen bertimbun..hehe

umairah^_^ said...

yup! thumps up utk nora n beto.... siap nangis sorg2 kto tgk cite ni... hehe

Amoi Farah said...

cerita nie sangat besttt

HeNRieTTa JoSe said...

sangat best...sebab mula mula memang igt istri dia wt pangai lagik walau dah tawen....upenye salah sangka jew...