Monday, December 31, 2012

BAI BAI 2012 & WELCOME 2013

Entry terakhir di tahun 2012 yang penuh kemanisan. Wah gitu....
Aku sekarang malas betul nak berada di talian. Maksud aku, online lah kan. Tak ada masa , mungkin.
Tahun 2012 adalah tahun di mana aku reset semua perjalanan hidup aku dari bawah...bawah..dari zero..zero...sampai ada sesuatu yang berhasil. Rasanya, banyak banyak tahun , tahun 2012 paling best sebab aku banyak pekakkan telinga dan buat apa sahaja yang aku suka dan semua berjalan dengan baik.

1) awal tahun ni aku berhenti kerja. Plan untuk sambung belajar tapi tak boleh teruskan. Sedih gila sebab rasa macam bodoh gila.
Then, aku buat keputusan yang tak di jangka. Disebabkan minat dalam tourism maka...

2) yes, aku mengambil kursus pemandu pelancong bandar. Selama 7 bulan.

Sebenarnya sangat banyak soalan yang tanya, adakah aku cabin crew memandangkan entry entry aku sebelum ni berbaur seperti seperti itu. Haha. Tu kekeliruan untuk stalker2 jahat.

3) berjaya habiskan on job training di 3 resort nun jauh di sana, terpisah awan dan laut, dengan jayanya. Wah gitu...

4) penghujung 2012 sangat seronok sebab aku sudah boleh apply lesen tourist guide city and nature dalam bahasa dan english. So lepas ni dah boleh bawa tourist berbahasa malaysia dan juga english.

5) berjaya selesaikan perkara yang aku tunda dari lepas SPM. Buahahha...
So apa harapan aku 2013?

Macam 2011 adalah tahun kemusnahan perjalanan hidup aku..sob..sob..so aku agak happy 2012 ni sebab banyak improvement. Kalau korang mungkin rasa biasa, tapi bagi aku, sangat2 happy. Sebab aku pernah rasa macam x ada semangat nak start life baru. Tahu..tahu...

2013.

1) dapat kerja yang tetap, dan baik.
Atau sambung belajar balik.

2) nak belajar mandarin ,atau korean atau france atau bahasa jepun.. Sebab nak bawak tourist dari sini..oh poyoooo...yang ni aku berangan je, tapi sure xtercapai nye dlm ms setahun tu.
Itu je azam tahun baru aku.

Kalau tahun lepas azam tahun baru aku ialah untuk menyimpan azam ..then tahun ni aku dah pun simpan azam. Tapi tak nak simpan sahaja..nak buat sampai berjaya!!

Ok..esok date dengan Faiman. Jangan jeles .

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

Princess Feyqa said...

wah nti boleh lah hire u jdi tourist guide for my korean fwens heeehe