Sunday, May 15, 2011

Konvokesyen UITM 74 : PERHATIAN LEPASAN SPM Yang berminat untuk masuk ke Faculty Of Art & Design.

Pada 13 May hari tu...Beeha dah selesai Konvokesyen...
Biasa je. Ye lah, sebab tak dapat apa-apa...jeles dengan manusia-manusia yang ada selempang PINK tu..,means, dorang Penerima Anugerah naib canselor..Woaaaaaaaaaa...


Dan..buat julung kali saya memakai shawl bendera Malaysia ( sebab ada warna kuning, biru , merah) yang di beli 2 tahun lalu...!! Hahaha..Dah lama beli tapi sangat lama masa yang digunakan untuk pakai Shawl tu..sebab tak tau bila masa yang sesuai untuk digunakan.




 Selepas Konvokesyen tu..Beeha pun membeli 
Bunga untuk Cik Gomez..hahhaa...Tahniah Cik Gomez!


Di hadapan Stadium Uitm Shah Alam

Amik gambar muka bangga macam dapat Anugerah Naib Canselor...padahal masa Diploma banyak buat hal. hohoho..

Transkrip ku !! CGPA yang menurun secara berkala...macam turun tangga..elok turunnya. Dush3x..

Gomez lagi! hee,,,





------------------------



Okay adik-adik lepasan SPM sekalian. 


Sesiapa yang minat Untuk masuk ke bidang senilukis dan senireka.??
Bagi pendapat adik-adik...


" alah..art and design...Orang result SPM teruk je yang nak masuk"


Ini biasa Beeha dapat dan dengar. Beeha selalu cadangkan pada manusia-manusia yang tergila-gilakan nak masuk Uitm tapi mereka tak dapat masuk. sebab? pilih Course yang hebat-hebat sangat yang tak padan dengan result SPM..Beeha cadangkan ART AND DESIGN sebab..syarat-syarat kelayakan sangat rendah!


so..Sesiapa sahaja boleh masuk. Tapi tak bermakna yang masuk tu result SPM tak bagus. Macam Beeha sendiri ..ketika ditemuduga untuk masuk Course ni..Mereka sangkakan Beeha Dari matrikulasi. 


Begitu jugak dengan kawan-kawan Beeha yang dari sains tulen, dapat 5A,6A, 7A, 8A,9A tapi still mohon Fakulti Seni lukis dan Seni reka. Kami tak poyo pun nak apply architecture macam sesetengah orang bajet bagus,tapi bukan dari sains Tulen pun. Lepas tu bila sebut Art & Design buat muka hudus. eii nak lempang je rasanya.




Dalam Fakulti Seni Lukis dan Senireka  ada banyak Course seperti: 



• AD111 - Seni Reka Grafik dan Media Digital • AD112 - Seni Reka Tekstil • AD113 - Seni Reka Logam Halus • AD114 - Seni Reka Perindustrian • AD115 - Seramik • AD116 - Seni Reka Fesyen • AD117 - Fotografi dan Pengimejan Kreatif • AD118 - Seni Halus • AD120 - Teknologi Percetakan



So, Beeha dahulu ambil Senireka Perindustrian. Course ni sangat tough. sebab Course ni tentang designing Transport, Funiture , dan Product. Beeha cakap Tough sebab korang kena tahan dari segi mental, Fizikal. Course ni part 1-part 2 korang akan diajar asas senilukis. So, akan ada subjek Drawing dan Visual Research..Bila masuk ke part 3 korang akan terus belajar course yang korang ambik..Contoh kalau industrial Design, korang akan Design Product.Part 4  design Transport,..masa ni la korang nak design kereta terbang ke, kereta 2 alam ke...tapi Beeha tak suka transport Design! hee...
part 5 plak kalian akan belajar Design Furniture! Sangat best. tapi kena bergantung pada kemampuan korang. sebab Course Ni.,.Masalah Beeha dalam Course ni, Beeha tak kreatif dalam menghasilkan Model. Sebab, bila kita design sesuatu product..kita mesti kena buat prototype yang superp. Bab nak spray, licinkan Model, Beeha kurang arif dan tak kemas. akibatnya? Dapat markah Rendah. tak de mood nak siapkan dan macam-macam lagi...Diploma Industrial Design ni kena kuatkan skill baru boleh survive. 


Masa Part 5 jugak kita akan pilih apa major kita, sama ada Furniture design, Product Design ataupun Transport Design.


Bila kita buat Furniture Design, kita kena hasilkan yang Real. kalau kerusi, maknanya kerusi kita tu..wajib boleh duduk. kalau katil wajib bileh tidor. kena 150% lagi sempurna dari IKEA dan sebagainya. 


So, kalau nak masuk ------>





Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat 
kepujian dalam mata pelajaran
  • Pendidikan Seni VisualVisual/ Lukisan Kejuruteraan / 
     Reka Cipta / Seni Reka Tanda / Fizik / Kimia / 
     Biologi / Sains Tambahan / Sains  / Pola Pakaian / 
     Pengajian Pakaian / Rekaan Dan Jahitan Pakaian / 
     Membuat Pakaian / Sejarah / Pendidikan Islam / 
     Kesusasteraan Melayu / Geografi / Tasawwur Islam /      
     Grafik Berkomputer / Produksi Multimedia 
DAN
  • Lulus Bahasa Inggeris 
  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan 
SERTA
Lulus ujian / temu duga yang dikendalikan oleh pihak 
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka :
  • Ujian Melukis 
  • Ujian Buta Warna 
  • Temu duga 



SIMPLE je kan?


Ini bagi yang minat la...kalau tak minat susah... macam Beeha minat sangat-sangat. TAPI TAK BERBAKAT. susah. tapi Beeha teruskan sampai habis walaupun banyak dugaan sebab MALAS.


Bila degree pulak, korang boleh sambung ke Bidang Ijazah sarjana Muda yang sama ataupun lain seperti Grafik,fesyen dan lain-lain. 


Selain itu juga..anda boleh sambung ke Fakulti Senibina, ataupun Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Senilukis& Senireka) Korang boleh la jadi Cikgu Seni!


Hee..Tapi akhirnya Beeha sambung Ijazah sarjana Muda Peniagaan Antarabangsa...Hee...


Peluang pekerjaan Dalam Art & Design ni banyak. dan Meluas. Yang Penting, Boleh buat duit!


So adik-adik...kalau tak ada bakat pun..tapi teringin sangat nak masuk Uitm..APPLY je Art & Design...Mana tahu nasib korang berubah?






tak payah la poyo nak demand apply course yang bajet hebat tapi tak sedar diri result tu tak bagus sangat.  Muahahhahaha.....

10 comments:

ezza haniza said...

comel bieha pakai tdung..heeeeeeee

B33HA B3n said...

thanks ezza!

Asma Ahmad said...

taniah!! best la knvo. asa cm nk konvo g skali. hehehe...

B33HA B3n said...

haha...konvo degree lak..camno la nnti...heeee...

Princess Feyqa said...

wah bestnye,,, rasa tak sabar lak nak konvo dergee nti. lgi 2 tahun stgh je wink wink :P

B33HA B3n said...

sabau3x..

Azza Azman said...

Jom masuk UIA jugak... Deaprtment Applied art and design. best. well saya masuk town planning.

LuN@_aiDi said...

beha >> congraz dah convo!! salam perkenalan dari kami di Nz.. sy follow disini juge^^ jom entri terbaru di blog sy

http://kisahkami83.blogspot.com/2011/05/situasi-kedua-pelajar-baru-di.html

Umi Anaan said...

wah3x..sangat2 informative.thanks. boleh buat rujukan adik2 saya yang baru lepas spm ni.

entri terbaru
review movie nur kasih

Mohd Rizwan said...

Thanks akak sbb info 2 ! wan nk jadi fashion design.. tpi llaki bleh ke?? huhu ~ da follow akak jga :)

jgn lupa follow wan balik ! hehehe.. :)
http://rizwanewan.blogspot.com/