Tuesday, August 16, 2011

RESEPI: SAMBAL IKAN MASIN BAKAR ALA SINDARELLA


Ini Resepi kampung je la..saya orang kampung. ekekek... Saya tak lupa asal usul saya...Supaya bakal suami kalau baca entry ni, kena faham selera Beeha macam mana! Faham tak?!

Eh tetiba. Sebenarnya excited gila Master chef Malaysia dah nak start!! Oh I can't wait..Sumpah tak sabar. Tengok Master Chef Australia and US pun dah addict sangat-sangat. Malaysia macam mana la  erk..Tak sabar!

Oh, gambar kat atas tu gambar apa? Korang tak selera nak tengok? Sampai hati korang!
Kalau korang rasa, maunya menambah nasi 5 pinggan.

Bahan-bahan

3-5 ekor Ikan masin/ ikan kering
Buah Stor ( Terengganu) / Buah kundang (bahasa Standard)./ Mango Plum dalam bahasa Inggeris. ekekke..ye ye je aku.
cili padi

Cara-cara

Ikan kering / ikan masin tu korang bakar dulu sampai masak
Then, tumbuk halus bersama cili padi dan biji kundang.

Pergh..sedap wei makan dengan nasi panas..

Buah kundang ni memang sedap buat sambal ala-ala macam ni. Kalau guna ikan bilis pon sodap.

Ni gambar buah Kundang Beeha search Google

i do not own this photo





RESEPI: SOMTAM SINDARELLA




Hai si kacak dan si cantik semua!! Hari ni Beeha nak bagitau tentang 2 resepi kampung yang menjadi favourite Beeha. Bukan sahaja pada bulan puasa, tapi bulan-bulan lain jugak. Gambar agak buruk sket di ambil tak tau la kenapa. Pencahayaan kurang agaknya.


SOMTAM



Yang ni Beeha buat petang Kelmarin. Frust gila sebab betik agak masak. So, lembik. Lepas tu Kangkung, kacang panjang tak ada.


Bahan-bahan


Betik belum masak/mempelam/ kulit tembikai/ Epal
(Beeha guna betik)--> racik halus-halus
Lobak merah--->Racik halus-halus
Kangkung
Kacang panjang-->potong la pendek-pendek
Udang Kering--> Beeha guna udang kering makcik beli dekat Sarawak!
 Besau-besau. Sedap

Kuah dia atau ramuan dia kot. Hee..

Bawang putih
Kacang Tanah--> Goreng la dulu.
Sos Ikan 
Limau kasturi
Cuka (Sket je) 
Gula( Sket je)
Cili (bilangan terpulang pada yang mampu)
Tomato Ceri (Beeha guna Tomato biasa itu sahaja.Potong panjang-panjang.)

Cara-caranya

Bawang putih tu tumbuk kasar-kasar dalam lesung batu. Kalau kat kedai, dorang guna lesung kayu besar tu kan? Umah Beeha takde benda tu...

Pastu semua bahan-bahan tu gaul-gaulkan lah. Macam cili, kacang tu tumbuk kasar-kasar gak. 

Siap. Dah siap gaul-gaul, baru letak kangkung atas tu. Tapi rumah Beeha tak de kangkung..
Rasa awesome..(suka hati r nak puji diri sendiri gak) Cuma betik tu la, agak masak. sket lagi dah nak masak so lembik sket. 

Lepas tu gambar kurang puas hati. 

Sekian Terima kasih.


KADANG-KADANG AKU HILANG RASA PERCAYA.#6





********************************************

Cinta selalu di kaitkan dengan ditinggalkan dan meninggalkan. Kita selalunya akan merungut, kenapa kita di uji dengan dugaan yang sebegitu berat,sedangkan kita tidak mampu menanggungnya. dan seringkali itu juga Mereka akan berkata, kita mampu ..Tuhan akan menguji dengan kemampuan kita,tapi kita sendiri tahu kita tidak mampu.

*************************

Aku nampak dia. Tersenyum dari jauh. Setiap minggu, pasti dia akan hadir menemani hari-hari gelakpku. Aku khuatir, seandainya perasaan ku pada masa lalu, tidak pernah berubah, bagaimana dengan dia? Ah, lelaki ditolak sekalipun mereka bisa mencari pengganti sekelip mata.

Rasanya seperti sudah lama tidak menatap wajahnya.Senyumnya. Aku senyum lagi. 

"Hari ni pergi Mesra Mall nak?" Soal ku. Sudah lama tak ke Kerteh. Rindu ombak dan pantai di sana.
"Kalau nak pergi Kerteh baik I turun dekat Airport Kerteh" Ujarnya. 
Aku diam. Kecewa. 

"U tak nak pergi lah?" 
"Nak"

Hati ingin menjerit. Gembira. Bukan selalu ada peluang begini. Rata-rata kawan perempuan agak sibuk dengan urusan masing-masing. Tak perlu tanya mereka . Lihat saja aktiviti mereka di facebook. Tagged gambar nikah, tempah kad kahwin, baju pengantin, bahagia sungguh. Bahagia lihat mereka.
Aku? masih sepi. Tanpa sesiapa.

Perjalan ke Kerteh mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah melalui jalan pantai. Sebenarnya aku sendiri tidak pasti, apa corak penulisan yang ingin aku gambarkan. Aku langsung tiada idea untuk menulis suasana yang di rasakan ketika itu. Cuma aku ingat soalannya.

"Macam mana rasa kehilangan?"

Diam. bisu. Tiada siapa bersuara. 

"Rasa kehilangan?" Aku mengeluh. SAKIT. KEHILANGAN ITU SAKIT. Kelu. Tanpa kata. 

*****************

Ada yang hilang
Ketika kau hilang
Hatiku
Jiwaku
Ada yang pergi
Ketika kau pergi
Senyumku
Tawaku
Hidupku ikut hilang bersamamu
Cintaku ikut pergi bersamamu
Sementara aku masih disini
Mencuba tegak berdiri
Tanpamu.


Tentang dia ,2004



Dalam kita melangkah terkadang kita diuji dengan ujian yang terasa beratnya hingga kita terduduk dan menangis menyesalinya.

Peritnya, kesakitannya dan kesedihannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Tetapi ketahuilah & renungilah kembali kerna mungkin air mata yang gugur tika itu hadir kerna Dia mahu kita menjahit sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada duri-duri yang tersasar daripada ruang keikhlasan

Thaqifah Nafisah Hussain, to me 2011



"mi, nak tau tak? I pernah baca dekat satu blog cinta."

Aku  pandang wajahnya lagi. Menunggu si dia menghabiskan kata-katanya


"Ada seorang laki-laki pernah bertanya kepada Hasan bin ‘Ali:
Saya punya seorang puteri. Siapakah yang patut menjadi suaminya menurut anda?”


Jawabnya:

“Seorang laki-laki yang bertaqwa kepada Allah. Sebab jika dia senang, dia akan sudi menghormatinya, dan jika dia sedang marah, dia tak suka berbuat zalim kepadanya”.

*******

Aku mengeluh lagi. Entahlah. Kadang-kadang aku Hilang Rasa Percaya.

****

Wednesday, August 10, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #7 Puding Caramel


yang ni 100% telur, tu jadi cam tu..

Monday, August 8, 2011

INI BLOG PRAMUGARI MALAYSIA AIRLINES?


Ini bukan kali pertama Beeha dapat carian ni..tapi banyak kali...banyak kali....sob..sob..sambil kesat air mata..macam ni lah , mesti korang hampa kan? bila masuk blog ni? sebab cuma iklankan walk in interview MAS je...dan ternyata penulis bukan seorang pramugari...


heee....

macam mana tu?





Ala...Beeha suka tulis pasal walk interview MAS je, kalau korang berminat pergi lah..lain-lain Beeha tak tau...sorry kalau blog ni tak cukup informasi pasal apa yang korang cari...

bye..

Tuesday, August 2, 2011

PUDING GULA HANGUS

Hai semua. macam mana hari pertama anda puasa. Best tak? banyak tak korang borong di bazar ?
My mom kalau bulan puasa amat jarang sekali ke bazar. Seminggu sekali sahaja. Memandangkan puasa  tahun ni di rumah, jadi agak seronok sebab boleh makan banyak-banyak. Eh. ye ke banyak.

Masa diploma dahulu, Beeha kalau ke bazar mesti cari puding gula hangus. Tak tau kenapa. Kalau zaman di MRSM pulak, cari putu bambu..eh ke bamboo...memang bulan puasa, menu yang digemari memang makanan tu di samping murtabak, dan juga ayam Honey. Bulan lain tak mengidam ok.

So tadi petang Beeha buat lah Puding gula hangus. KECEWA! teksturnya tak cantik walaupun puas ku potong elok-elok. Sampaikan my mom tanya apa yang nampak tekanan sangat nak potong puding tu. Potong je la , hidang. Masa tu nak je Beeha sketch tunjuk bentuk yang di ingini. 


Lantak lah rupa buruk pun asal rasa sedap sudaaaaaaa...

5 sudu gula di hanguskan hehe..
*5 biji telur
*5 sudu gula lagi
*1 tin susu cair
*esen vanilla
*1 sudu tepung kastard

pukul dengan garfu bahan-bahan bertanda * dan masukkan atas gula hangus . Kukus sampai masak. masuk dalam pti sejuk untuk di sejukkan.

Kalau kat bazar Ramadhan, RM2 satu slice..sanggup beli hari-hari?

TAK