Tuesday, March 6, 2012

MARI BACA NOVEL

Beeha agak lama tidak membaca novel, kali terakhir ketika di tingkatan 5 atau 4. Lupa. Novel MENCARI CINTA. Itu adalah novel feberet sampai sekarang. Novel English banyak yang di baca tetapi lebih banyak tak habis baca dari yang habis. Pernah terbeli novel English yang menyimpang dari norma kehidupan. Itu lah, sebelum beli baca sinopsis macam best, dalam, tengah-tengah hampeh. Tapi kalau novel English, Danielle Steel memang best dan romantik habis. Kalau novel tak cinta lembab sket la nak baca. Heee...

Kalau Novel Melayu, Beeha start dengan novel dari Ahadiat Akashah, dan nama BEN yang Beeha pakai disebabkan watak dalam salah satu novel Ahadiat Akasyah. Kawan-kawan tertentu sahaja yang panggil BEN. BEN bukan nama Family. (Sebab ramai yang tanya adakah itu nama Family memandangkan cousin-cousin Beeha pun ada Ben) Ada sejarah sket macam mana dorang pun pakai BEN. Sejarah yang sengal. 

Antara novel terawal yang dibaca ialah Jendela Hati, Ombak Rindu, Kau yang satu , lagi tak ingat sebab dah lama. Tapi berapa bijik sangat la Beeha baca, sebab cerita banyak yang lebih kurang sama, kawin paksa, kawin benci pastu cinta, anak dato,tan sri. Very the bosan. 

Pernah mula nak baca novel semula selepas SPM, masa ADAM HAWA tapi Beeha baca dalam 20 ms lepastu terus malas nak baca! Sampai sekarang.

Tiba-tiba..........

Pada suatu hari..terdetik nak beli novel. Kebosanan. 
Jadi, 11012012 Beeha nak beli novel yang tajuknya Kasih Benar Kasih, Karya Aleya Aneesa. Cari punya cari tak jumpa. Sampai rasa frust, down gila. Sebab jalan cerita dia memang jalan cerita yang Beeha  nak. Ohoi. 

Hari kedua, Beeha cakap , tak apa la, beli je la novel apa-apa pun janji bukan yang very the novel. hikhik

So, Beeha beli la novel ni.

source: Link kt gambar.
Eh tetiba ada BB cream kat situ.

Beeha beli dari bulan January, masuk March pun belum habis lagi. Ini novel melayu, kalau English tak tau la tahun bila habisnya.

Cerita dia best, macam rancangan The Bachelor ...Ayat, bahasa jugak agak bersahaja, dekat dengan kehidupan kita. Kita akan tersenyum sebab ayat2 dia kadang lucu dan menjadi. Kena dengan keadaan. Novel ni buat Beeha  teringat dengan sorang kawan, kami selalu bergurau macam tu. 

Best la jugak, walaupun tak habis lagi baca..dalam 220 ms lagi nak habis. Lama betul nak habiskan cerita ni kan? Kalau buat drama bersiri best gak cerita ni. 

Okay, sekian TQ. panjang bebel.

2 comments:

Ain said...

novel adam dan hawa tu best..cuma bosan sbb agak byk dia cerita hal pilot yg kite x pham sgt..huhu...tp akan kluar drama based on cite tu x lme lg...coming soon..

fifi said...

novel sarah dessen banyak yang best~
novel danielle steele fifi blum cube lg~