Monday, March 5, 2012

NEELOFA: AZURA 2012

Okay, sebenarnya dah lama nak buat review pasal filem Azura ni. Serius Beeha cakap, Neelofa selain sahaja cantik yang amat sangat, dia sungguh berbakat. Tidakkah anda merasakan rancangan NONA semakin best sebab ada Neelofa? 

Pada awalnya Beeha memang kurang suka Neelofa sebab cerita-cerita pribadi and pernah rasa Neelofa ni macam someone, tapi sebenarnya tidak la sama. Mata sahaja buta menilai. Tapi, Pendapat tentang Neelofa berubah bila menonton Jiwa dan Lara, Kitab Cinta dan Azura. 

Kebetulan ada kawan-kawan cousin yang mengenali Neelofa ketika mereka belajar di MRSM  Langkawi dan Beeha selalu jugak berborak dengan cousin pasal Neelofa. Entah, Neelofa adalah tajuk yang best untuk di bincangkan. 

Kitab cinta

Neelofa mengaji  tanpa perlu menggunakan suara orang lain. Kan? Artis lain tak ramai boleh buat begitu. 

Azura 2012

Okay now aku nak cakap pasal Filem Azura 2011. Lakonan Shahrizal Jaszl bagi aku biasa je. Tak pulak sampai aku teringat ke apa. Tapi Lakonan Neelofa memang Best. Tapi ada scene yang aku rasa macam pelik sket.



Scene yang ni, tak la besar mana persoalannya, tapi mengganggu otak aku. Korang pernah duk semeja bertiga macam ni? Lepas tu meja depan korang kosong? Baik la duduk berdua, sorang lagi duk depan. Logik la jugak kalau Azura tak nampak Zack datang. Yang kawan dorang boleh nampak, Azura tak nampak and tak sedar Zack datang. Hurm..tertanya-tanya.. 


Kecantikan dia buat aku terpegun.ececcecec.. Subahanallah..cantiknya...Cousin aku yang umur 5,8,9 tahun tu pun kenal dan cakap dia cantik.  Cuma dorang tak  tau la nama neelofa ni  Neelofa. 


Ada satu kata-kata Zack yang dia cakap, dia perlukan pembimbing, dan Azura boleh bimbing dia. Salah tu . Azura ni, kalau digambarkan dia seorang yang mengikut perintah Allah, tak seksi, aku rasa betul la tu, Azura boleh bimbing Zack, Tapi dalam cerita ni, Azura tu yang juga perlu di bimbing. Skrip filem ni boleh buat aku loya. Perkataan Khalifah yang di guna pakai sungguh tak menyentuh hati aku. Ayat Zack masa nak habis dah citer ni, "Rasullullah juga pernah dipimpin isterinya" tu, tak boleh nak samakan dengan cerita ni. Melainkan., Azura adalah sehebat Siti Khadijah .Itu pendapat aku, maaf kalau pendapat aku salah. 


 Ini buat aku gelak. Hehehe..masa Zack pergi melawat ayahnya di Paris.Justin Bibir lah!! haha
Lepas dorang dah kawin, yang peliknya Zack ni tak ada sumber kewangan, Yang nenek dia bagi kalau convert duit Malaysia tak la banyak mana, tapi duduk rumah yang agak besar jugak. Duduk rumah teres biasa sudah la. Kata berdikari. 


Scene yang ni memang aku tak faham langsung. Tak faham pape okayh. Rasa kekeliruan yang amat sangat. Pelik betul suami isteri ni, tak berkomunikasi ke? Suami banyak tak tau pape. Kalau aku, untuk elakkan timbul isu yang tidak di ingini, baik cerita awal-awal. Suami adalah untuk dipercayai. Ya, bukan bulat-bulat.



Lagi satu kan,Tan Sri pakai Rantai besi. Sungguh tak seeesssswaaaaaaaaai...Tak rasa macam Tan sri yang dihormati dan disegani pun. 

Aku tak ada masalah sangat dengan Afdlin Shauki ni sebagai bapa kepada Zack sebab Afdlin memang ada kelas tersendiri. TAPI bab pakai rantai tu kurang sesuai bagi aku. Nampak macam gangster. Tak korporat langsung. Keparat mungkin. 

#Pendapat aku, filem ni agak tak best dari segi skrip nya. Tak berkesan di jiwa, Tiada dialog yang berkesan di hati.

Tapi ramai pelakon yang best.

Filem ni buat aku lebih sukakan Neelofa. !!

Okay thank you. Terima kasih Astro First. Hik3x..

8 comments:

redha said...

menarik. . hihi

Ain said...

agak la kan...ramai yg komen filem ni bosan, indah khabar dari rupa la...huhu...sy pun bru je dpt tgok last few days...biasa jela..kalau dikira dr 5 bintang, sy bg 2.5 jela..bru igt nk jgak wat review tp awk dh buat dlu...pndpt sy pun lbih kurang je cm pndapat awak...so kite samelah ek..hihi...tetiba pulak kan..

B33HA B3n said...

redha: Oh kamu! haha..

B33HA B3n said...

Ain: Bosan sangat..mujurlah ada neelofa..sbb knape mesti tonton

::EIDA:: said...

Banyak review yang kata cerita Azura tak best! *selamat tak pergi tengok* hihihi

B33HA B3n said...

selamat duit korang..haha

shark said...

hahaha
kuat mengkritik ni..
naseb bek shark x tgk..
tdak buang masa cmtu jer layan

Princess Feyqa said...

citer ni bestt mampu tgk kt utube je haahaa