Sunday, September 2, 2012

PART 2: GEMIK SI KUCING TERTOHOK


Warung area Mydin Mall Kuala Terengganu
8.45 am.


"Hello, awak buat mende?"
" G airport tadi, ada kat bando ni"
"Awok dengan mok cik awok op? "
"Ye ...kenapakah..."
"Eh Gemik tu sakit mata lah, saya nak bawak g klinik"
"Nak ikottttttttt... "
"Bila? "
"sekarang"

Maka .... lepas aku beli barang barang siket dekat Mydin Mall, tetiba transfer ke kereta Faiman pulak. Cari klinik haiwan pakai GPS tapi tak jumpa =.= kami nak bawak yang kerajaan je,,no money maa..sebab cousin cousin aku sebelum ni pun bawak situ je.. Last sekali jumpa gak klinik tu.

Faiman suruh aku bawakan sangkar kucing tu. Sebenarnya bukan sangkar kucing tapi sangkar Tupai. Tak de tempat nak letak ....ye lah baru jumpa malam tadi kucing tu.Geram jugak kena bawak, semua orang pandang.

Inilah Gemik!!
Semua orang senyum tengok aku bawak Gemik, mesti orang ingat aku ni begitu penyayang terhadap kucing padahal, tengok kucing lariiiiiiiiiik...Takut ..Lepas tu ada sorang pakcik baru keluar sambil bawa kucing dia yang dah dimandulkan..oh sedihnya.. pakcik tu tanya tanya aku, then Faiman yang jawab..mana la aku tau pape pasal kucing. Aku pegang je....

pak cik itu


Sampai giliran gemik, veterinar tu suh letak gemik atas tempat yang maybe semua haiwan memang letak atas tu kot. Aku nampak jugak kucing kucing yang bakal di mandulkan sekali dekat bahagian belakang..oh sedih,

Kurus gilaaa

Gemik dapat rawatan
Veterinar tu kaboo..Gemik sakit mata biasa je...dia letak ubat dekat mata Gemik and bagi kami sekeping kertas and dapatkan Ubat dekat Farmasi.

Kemudian Faiman nak pergi Klinik Lau dekat bandar KT untuk cari ubat Gemik, aku pulak nak pergi simpankan duit raya untuk cousin aku . (Umur 21 dapat duit raya RM470..mende la banyak sangat korang ni..haishh) kemudian nak pergi Watson sekali. 

Faiman cakap..aku kena bawak si Gemik sekali. Oh my English..aku kena bawak Gemik?? Masuk Bank??

Aku pun jalan la bawak si Gemik.semua orang pandang, dah rasa macam superstar. Kucing je pun. Sebelum masuk Bank, aku tinggalkan dekat pak guard..mintak tolong pak guard tengok tengokkan.

Amboi..ramai betul peminat Gemik. Lepas sorang sorang lalu berhenti tengok Gemik. Pak cik Guard pulak lepas aku cakap terima kasih tengokkan Gemik, sembang siap tanya biodata Gemik, ingatkan aku beli katanya..aku cakap la jumpa dekat Kedai makan, tokey kedai kasi.

Lepas siap, jumpa Faiman kami terus ke Watson, Faiman pulak bawak Gemik. Keluar dari Watson Faiman pulak hilang. Aku da agak ni mesti dekat kedai Kamera.. masuk kedai Kamera ambik katalog untuk alas tak bagi Gemik panas. Kami pun pergi kedai Jam. Faiman nak survey jam .

Aku pulak jaga dekat luar..ye lah kucing tengah sakit kan..eh ada pulak anak Cina tu berhenti tengok Gemik..Rupanya anak tokey kedai jam..

Kagum lew tew ade benda lain yang lebih menarik dari JAM.
hee...
 Lama jugak budak tu perhatikan Gemik. Kemudian kami pun bergerak balik, berhenti konon nak makan nasi kukus. Tapi nasi kukus tak ada..terpaksa order nasi minyak.

Dekat kedai makan tu, aku bawak Gemik sekali tak kan la nak tinggal dalam kereta. haha..garing nanti. Tiba tiba kan..ada sorang lelaki ni datang tanya...Aku suka kucing ke..??

Aku pandang Faiman, minta dia jawab. Semua Faiman jawab lah. Dia tanya lagi . Mana la aku tau yang bela kucing nya Faiman. Tapi mesti orang orang ni ingat aku pun bela kucing. Last last satu warung tu borak pasal kucing. LUCU! hahaha..

rupanya lelaki tu peminat kucing jugak..dia bagi kami ni


Seriously, bila bawak kucing ni ramai betul orang tegur kita..banyak benda yang boleh di sembang. Kelakar pun ada. Tapi pengalaman ni buat aku berani dengan kucing, rasa ingin cuba pegang..and kalau boleh nak pinjam gemik!!

To be continued..  :D


1 comment:

Azriff Aziz said...

tertohok tu hok penting nyo..haha berat 66 :)

nice post