Wednesday, February 29, 2012

MASIHKAH KAU INGAT?

Salam Sejahtera semua!!

Tadi aku macam bosan, 

Entah macam mana aku boleh teringat dekat game facebook zaman paleolitik dulu. Farmville dengan cafe world. Lama la jugak aku fikir2 pasal game ni. Cuba ingat balik macam mana cafe aku sewaktu dia di tinggalkan. Memang tak ingat la macam mana, Ladang aku pulak macam mana. Semua tak ingat. Last main game tu masa bulan August 2010. Setahun lebih la jugak di tinggalkan. Korang pun sama la kan? Main pun tak. 

Dulu, Cafe world ni memang favourite aku. Pagi-pagi, nak tido, benda pertama yang aku hadap, Cafeworld. Siap pesan dekat kawan supaya hantar hadiah la apa la. Semata-mata nak naik level. Kadang-kadang set jam dekat phone,sebab nak angkat makanan tak nak bagi makanan rosak.Rugi. 
Sebenarnya aku pun lupa macam mana dan bila aku dah tak main game ni.

Cafe aku, saat dia ku tinggalkan ecece...
Game seterusnya, Farmville. Yang ni aku percaya, ramai yang main game ni kan??Aku kalau ikutkan tak minat sangat pada awalnya. Cuma macam pelik bila kawan aku yang sorang tu, selalu invite aku main game tu. Macam addict. Pelik la jugak, sebab aku agak bakal2 guru ni mana la layan sangat benda macam ni. Tapi, entah, aku rasa nak join sekali. Aku ingat masa mula-mula tu aku level 2, then dapat hadiah anak lembu pink.Suka bukan main. Lepas tu terus addict. 

Farmville sewaktu ditinggalkan.
Aku sempat main sampai level 31 je. Tak addict sangat macam cafeworld. Tak ada penjana kuasa. 
Tapi at the same time aku main jugak Fishville. Game ni memang aku suka gila sebab kena jaga ikan. Cuma aku tak printscreen akuarium aku sebab facebook lama aku dah deactivated lepas capture farm tu.. Kalau fishville aku lupa la pulak sampai berapa akuarium aku ada. Tiba-tiba teringat pasal game ni semua. Game ni semua aku main dekat Akaun Facebook yang lama. So tadi nak bukak game, terpaksa la aku bukak balik account lama tu.. semata-mata game ni. 



Eh,aku dah ingat dah macam mana aku boleh stop main game facebook tu semua. Sebab game ni. LOOKLET.COM




Korang ingat tak? Ala yang macam game paper doll . Best kan? Lepas addict game ni, semua yang dekat facebook dah tak ambik tau. But one day tu, laman web ni ada problems sket. Tak pun internet connection aku tak ok, dalam seminggu macam tu la, terus xleh main game ni. Sampai ke hari ni, dan tadi baru aku start balik. 

Hurm. Aku kalau perah otak untuk ingat kejadian atau history memang selalu berjaya. Hee..hee..




#Oh ya, sempat baca rantaian message aku dengan my bff tu.. pasal majlis pertunangan dia. 2013 kunun. Coy! Haha.2012 kau dah nak nikah okay. Miss You dear! Tetiba. =.=




Sunday, February 26, 2012

HOPE

Source: Leilockheart
Kadang-kadang aku hilang rasa percaya. HILANG. sekali lagi.

CEREKARAMA TV3 : PELARIAN & PUTERI BALQIS

Macam biasa, review untuk drama melayu. Tajuk minggu ini ialah PELARIAN yang dilakonkan oleh Aeril Zafrel, Amani, vanidah Imran, Talha Harith, Noor Khiriah dan Mr.Labuci, Azhan Rani.hee..

Adik aku masa mula-mula aku tengok cerita ni, dia cakap, 
"Ni mesti sebab Aeril Zafril kan"

Aku pun jawab la "Eh mestilah, oh sebab Mr.Labuci pun!"



Okay,ni cerita pasal adik beradik yang cari mak dia yang keluar nak cari ayah dia. Fokus aku ketika menonton cerita ni hanyalah tertumpu kepada Aeril Zafrel yang aku kategorikan sebagai pelakon berbakat dan kacakss di Malaysia. kui3 

Tiba-tiba mata tertumpu kepada kanak-kanak cilik yang memegang watak Bobok. Auch!! Budak yang dalam Mr.Labuci tu...Comel, dan petah berkata-kata. Aku dah tak peduli da dekat future Bf  ku  Aeril Zafrel tu, sebab mata aku da fokus dekat Bobok. Tahukah anda lakonan dia sungguh berkesan sehinggakan aku saling berpandangan dengan adik aku .Lantas soalan yang di tanya adik aku ialah 

"Siapa budak ni? Adik pernah tengok dia jadi anak Tiz zaqyah dengan Remy Ishak"
"Angah pernah tengok dia jadi anak Rozita Che wan dengan Mr.Labuci"

Okay, kesimpulan aku buat, budak ni sangat lah best lakonannya berbanding dengan Mia Sara  dari segi penghayatan watak. Comel dan sangat2 menghayati watak. Anak sapooo lah. Lontaran skrip dia buat aku cakap "Wow!"

So, Apa yang aku google, nama dia Puteri Balqis Azizi atau Aqish. Korang boleh pergi Fan page dia

Aku perasan dia ni banyak berlakon dengan Azhan Rani. 


Aqish dan Azhan Rani dalam Mr.Labuci

Coming Soon kot

#pelarian 

Aik, tak de review pasal drama pun. Ekekkkeke..sudah..
Okay..

Sekian, Terima Kasih!

Thursday, February 23, 2012

I MISS YOU


What am I supposed to do when I miss u so..much? 

Cepat-cepat jumpa saya boleh?

Saya tunggu. ^_^ 

Tuesday, February 21, 2012

TERIMA KASIH MALAYSIA AIRLINES!!

yeay!! Happy sangat!!

Okay, apa yang aku happy sangat tu?

Suprise...



^_^


Sunday, February 19, 2012

CEREKARAMA TV3 : JUJUR AKU DAYUS

Aku  tak tengok Iklan cerita ni, cuma aku baca ada orang tweet  menyatakan Nora Danish, Irma Hasmi dan Abang Beto (eh tetibe abang plak)  berlakon dalam cerita ni.



WOW! aku suspek mesti sebuah cerita yang baik sebab abang Beto ada.
So, tidak membuang masa aku pun menonton sepenuh hati ku dan penghayatan. =.=

Memang aku banyak berteka teki tengok cerita ni. Rasa keliru. 

Sebab cerita dia cenggini...

Ed (Beto ) mintak nak kahwin dengan Lis ( Nora) Dorang ni kiranya pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain.

Ayah Lis (Hafizzudin) ni plak seorang dato' yang sangat-sangat caring anaknya. Lis ni pada mulanya agak liar, hidup gaya mat salleh, so Ed ni kiranya telah membuka pintu hati Lis untuk berubah dan menjalani kehidupan seorang muslimah. (Oh, aku pun harapkan ada lelaki sebegitu)

Suatu malam di awal perkahwinan, Ed ajak Lis ke Jepun, sebab dia koje kat sana. Lis tak mau.

Tiba-tiba scene berubah. Ed koma akibat excident. Masa ni aku pelik. Aku ingatkan Aisyah (Lakonan Irma si cantik) ni berubah jadi Lis ke apa. Sebab tiba-tiba kan dia muncul.

Lepas Ed sembuh dari Koma, Ed ni macam tak berapa baik dengan Lis. Tak jalankan tanggungjawab sebagai suami. Macam ada something.Ed pulak macam rapat gila dengan Aisyah (Irma)

Tapi masa scene dekat hospital, Ed ada cakap apa yang dia ingat kali terakhir sebelum dia koma adalah dia nak ceraikan Isteri dia. 

Aku dah confius dah. Siapa Isteri dia yang nak di ceraikan tu? Irma tu kot...cee.. andaian aku lah tu.
So, cerita ni memang banyak tanda tanya untuk aku. Tambah lagi kehadiran ex bf Lis masa akad nikah dorang. Aku tunggu gak bila laki tu nak kuar.


Sinopsis cerita ni, korang boleh baca dekat [SINI]  Gua dah blur nak cerita macam mana. Kui3

1#Kesimpulan aku boleh buat, Cerita ni  bagus sangat-sangat, sebab menceritakan tentang seorang lelaki yang berjaya membimbing seorang wanita supaya lebih mencintai Agama.

2# Ketaatan dan kesabaran seorang isteri terhadap suami,dan ayah.
3# Ikatan persaudaraan antara adik beradik. So cool huh!
4#Juga tak lupa ikatan persahabatan yang kuat, saling tolong menolong satu sama lain.

Pengajaran dia paling baik, KALAU DAH ADA LAKI, JANGAN GEDIX NAK KELUAR DENGAN LAKI LAIN. 


#tapi tadi aku ada baca dekat twitter. Tajuk cerita ni kurang relevan sebab Lelaki yang dayus xleh masuk Syurga. Ye ke? Aku tak tau dan tidak arif. ^_^ Macam penulis tu tak setuju dengan tajuk cerita je, jalan cerita OK. 

Saturday, February 18, 2012

MEMILIH DAN DIPILIH ^_^


Aku jumpa ayat ni dekat satu website sosial. Tertarik dengan ayat ni, jadi aku JPEG kan menggunakan AI.

Okay. Anda mahu memilih atau dipilih??

Thursday, February 16, 2012

"TALK KABA "

Hari ni aku pergi satu ceramah .
Penceramah asyik gunakan perkataan "tock kaba" "tock kaba""tock kaba"
Aku pulak asyik duk sesuaikan ayat dia dengan perkataan "dok kabo"

Pening.

Apa la yang tidak diberitahu.

So, aku tanya cousin aku, "tok kaba..tok kaba..gapo dio gak" twitter.
So cousin aku cakap..tock kaba tu maksudnya "TAK SEDAR."

=.=

punya la ramai kawan orang Kelantan , Besut, Setiu satu perkataan ni aku tak pernah dengar. Baru 6 bulan tak balik Setiu, dah pening.


ayat kat atas ni kawan aku bagi kat aku. SMS  tiba-tiba. Mungkin dia takut aku hilang rasa percaya lagi...Eh tukar topik.


Wednesday, February 15, 2012

SESMA

Tadi my Aunt ajak pergi hantar adik cousin aku.Oh, cousin aku la..ala.yang aku cakap muka dia Iras Nia Ramadani tu...Hari ni dia daftar ke SESMA. Macam pelik pun ada sebab biasanya family kitorang akan masuk MRSM tetiba yang bongsu ni Sek.Men.Sains. Tak pelik pon. Tapi Pelik gak la.

Aku pun lama jugak tak pergi SESMA. Last masa form 3..9 tahun dulu kot. Tu pun lawatan sekolah sebagai semangat nak ke SBP ...SESMA macam best jugak sebab ada muzik..masa aku MRSMKT dulu nan hadoooo....Dorang ada belajar bahasa asing..macam-macam gak la..aku dulu berangan nak masuk SESTER,SESMA, tapi ..tak cukup pandai..masuk MRSMKT pun da kira bagus memandangkan aku ni pemalas tahap cimpanzi. 


Masa tunggu taklimat pengetua. Malas nak masuk dewan dengar. Nak tidoq. =.= Lagipun dorang kata ibubapa pelajar..aku kakak sepupu pelajar, so tak ada kena mengena pon. hew hew hew

 Handphone tidak dibenarkan so Nia ni sedang menggunakan fonnya untuk kali terakhir sebelum bergelar pelajar sesma =.=
Ni masa my aunt tengah bagi briefing dekat Nia . Bebudak form 1 yang first intake lain ni memang good-good semuanya. Ramah tamah melampau.lampau, asyik nak tergelak je aku dengar cerita dorang. Bagus la sebab pandai layan tetamu.Tak de la yang second intake ni cuak ke apa kan. Cewah. Rasanya semua SBP memang macam tu. Sebelum ni aku pernah ambik Nia ni dekat sekolah SS.. 2 minggu lepas. pergh..budak-budak sukan majoriti sombong-sombong. 



Part ni kelakar. Lepas susun barang Nia dalam Locker, aku tengok la nama-nama dekat locker lain.
Aku pun cakap la

"Apsal ramai nama sama ni..NONE NONE (sebut Noney) "

Lepastu Nia cakap
"Bukanlah Kakngah...none, xdop orang pun locker tu"

Ossssssssssssss.....

MALU! =.=

then dalam pukul 3 aku pun balik...sebab aku nak kena balik Setiu. 6 bulan woh tak balik sana! hew hew..bye!



Tuesday, February 14, 2012

FRUSTRATING REALIZATIONS


source: Leilockheart

PAGE 404


source: Leilockheart


Kenapa aku suka sangat update gaya tumblr ni?
Oh, saja...nak make sure blog aku update, Huaw huaw.

DEAR PEOPLE...


Source: dearblanksincerlyblank

Monday, February 13, 2012

SPREAD THE LOVE ^_^

untuk manusia -manusia yang pernah hilang rasa percaya.. :)

Sunday, February 12, 2012

OH, I WISH....

cc: Shermiben

HAHA TERKENA GUE


6 am . I got this pica. Jahat . :P





Saturday, February 11, 2012

NO CAPTION !! #2





AND..........


 So true... ^_^

                                                                                                                               Via BestLoveQuotes

Update gaya tumblr??

Friday, February 10, 2012

NO CAPTION !!

Via leilockheart

Thursday, February 9, 2012

SPEECHLESS

Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi duka cita kepada sebuah jiwa yang lain. Sesungguhnya, kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan.


Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. Sudah bertahun malamku berlalu dengan menungguMu, Maha pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini, Kau juga adalah penyakitku. Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain.


Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. Demi cinta, kesetian harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.


Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, mengadap, dan bersujud. Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati kerana cinta buatNya akan kekal abadi..

I do not own this photo
[KitabCinta 2011]


Puisi Wali buat Mustika: Kitab Cinta, 2011

Tuesday, February 7, 2012

NO CAPTION !!



Thursday, February 2, 2012

SAYA SETUJU. ANDA PULA BAGAIMANA? :)



source : TERFAKTAB