Tuesday, September 27, 2011

WOW: IZARA AISYAH

Aku tak pernah kenal dan tengok pun siapa Izara Aisyah ni, tapi bila aku tengok yang sedutan-sedutan cerita dia dengan Tiz Zaqyah (Soffiya) terjatuh minat pulak tengok dia. Kau tahu apa yang aku minat? Bentuk badan dia. HARUSLAH. Rambut dia super cantik. Nak tiru lah. Kikikikiki.....


Kalau Neelofa ramai yang kenal , betul tak? Izara ni, dia yang dapat tempat kedua selepas Neelofa dalam Dewi Remaja.


Izara dan Neelofa. Dengki betul aku dengan Neelofa. Cantik benor! Mek kelate haruslah cantik.
  Ops!! Kila Fairy...cun woohhh...Izara pun HARUSLAH cun juga.


Bila aku tengok gambar Izara yang ini, teringat dekat kawan aku, Doktor ***...muka korang sama ah. kih3x,,,,...nanti kalau aku rajin aku buat perbandingan muka korang. Gila ah sama. hahah.. (Ex mrsmkt, sila berteka teki sekarang)


Dah-dah korang jangan lupa tengok Soffiya pukul 7 malam TV3, setiap isnin-Khamis. Aku dah macam buat promosi filem je. Kan..kan..oh Izara..kamu cantik.

Aku suka weh tengok rambut dia. Cantik!

P/S:Esok hari jadi dia..

[KLIK SINI UNTUK LAGI ENTRY MENGENAI IZARA]

KLIK SINI UNTUK KE FAN PAGE IZARA AISYAH

*semua Photo adalah hasil carian di Google dan facebook Izara Aisyah :)

Monday, September 26, 2011

CUTI-CUTI BERSAMA TIZ ZAQYAH, NASHA AZIZ, NIA RAMADHANI

Sebenarnya dah lama pergi holiday sama-sama . Dalam bulan Hujung Bulan 7. Tapi sebab aku tak tau nak bebel apa, jadi aku keluarkan jugak cerita lama ni. Tiz ZaQyah tu kakak aku,dah lama aku panggil dia Tiz sebab..hahha..saja nak panggil. Nak kata ada iras tak da pun..tapi, ada lah kot. Nasha Aziz tu cousin aku, dari kecik lagi dah panggil Nasha Aziz sebab memang ada iras. Nia Ramadhani tu adik Nasha Aziz, ramai yang cakap dia macam Nia Ramadhani. Sangat ramai. Mana-mana dia pergi mesti orang cakap macam Nia Ramadhani.

Eh, Korang tahu tak, kalau korang ada masalah, lebih baik korang bercerita, hang out dengan keluarga, lebih baik.. Ya, dengan kawan-kawan pun terbaik jugak. Tapi tengok lah kalau kawan korang tu ada masa tak ngan korang, TAPI, kalau family ada tak istilah tak ada masa, tak nak bantu? Tak nak dengar?

Mesti tak da kan...





Ni pemandangan dari luar bilik.

Ni la Tiz Zaqyah aku, ces akak aku pakai syria tanpa inner. Suka hati dia je. Sebelah tu, Nasha Aziz lah.



yang ni masa kitorang yang kakak-kakak ni tengok adik-adik mandi kolam


Then aku ajak cousin aku lepak pantai , sambil tengok langit , tengok langit okay, bukan pantai. =.=
Pantai dekat Resort tu Okay lagi, tapi ni aku pergi jalan sampai ke kampung, agak tak terjaga. Kotor.

Yang ni lah golongan adik-adik . Ni hari ke 2 tak silap aku. Pagi-pagi datang bilik aku, kejut aku ajak pergi swimming. =.=
Yang tengah tu Nia Ramadhani. Yang kanan tu Insyirah yang aku selalu upload video dia dekat Youtube.


 Gambar aku? Memang tak da la aku nak upload. Heee...Aku letak gambar handbag aku je. Kih3x..


Lepas tu aku terjumpa buku ni. Memang buat aku gila. Rasa semua tempat kat Terengganu yang cantik-cantik aku nak pergi. Lepastu siap plan dengan cousin aku bila nak pergi. Ades, kena bawak golongan adik-adik lagi.=.= Letih woo.. Tapi Fun, happy borak-borak.

Okay bye. Aku tak tau aku update pasal apa ni. Cuti-cuti ke? 





Sunday, September 25, 2011

KAU TENSIION? JUM IKOT AKU SHOPPING BARANG MAKE UP!

ceh, sebenarnya entry ni dari aku duk Shah Alam lagi, tapi aku tak sempat nak publish sebab Arool sibuk nak take over blog aku. Nak buat kontroversi yang tak jadi. Sampai aku sendiri pening dengan blog aku. Hee...

So, aku publish hari ni..

Kan Hari tu Etude House ada buat sale, offer yang best gila. Jadi aku pergilah sebab motif utama aku, aku nak dapatkan botol air Etude House tu. Rasa nak feeling-feeling Korean sket bila pergi kuliah.



Okay barang yang dah aku beli ialah


bedak compact ke ? Biasa aku pakai Maybelline atau Loreal.. Tapi nak try pakai yang ni, tapi bila dah pakai..aku rasa aku lagi suka Loreal jugak!! Tapi satu yang aku suka pasal Etude House ni, bekas dia sangat comel gila.


Next aku terbeli eyeshadow silver, eyeliner silver, (my aunt punya, aku belikan) lipstick pink (my aunt punya) yang atas ni , aku pergi beli pulak esoknya sebab my aunt pesan.
Yang ni barang aku pulak.
3 lipstick. Semua aku suka. Paling suka yang Tangerin tengah-tengah tu. Nanti aku review la kalau rajin. 


Beli brush jugak. 
Blusher punya dengan eyeliner. 
Blusher aku tak pakai yang Etude House sebab aku biasa pakai yang Body Shop . Tak pernah tukar-tukar lagi brand blusher.

Yang ni eyeliner. Gel ke apa tah. Bagi aku, yang ni bagus. Cepat kering dan senang cuci serta tak comot. Nak-nak mata macam aku.


Benda ni aku saja beli, GEDIK. Lip perfume.dengan nose pack. Nose pack memang wajib beli sebab aku ada bintik-bintik hitam pada hidung yang sukar di bersihkan!!Dem.


Yang ni aku sangat-sangat suka!! Lotion tangan dan kaki. Bau dia amat sangat best.
Cis, dah 1 tahun 6 bulan aku tak pakai lotion tahu. Tup-tup tukar jenis lotion. 


Haruslah menukar mengikut keadaan.

Total RM207 .65 
esoknya dalam RM30 something je aku beli.

So, dengan harga ini..maka..
melayakkan aku untuk dapat tumbler  dan  BB cream tu. Memandangkan BB cream aku belambak lagi dan tak tahu nak bagi siapa, aku bagi mak cik aku yang cantik lagi jelita macam Natasha Hudson tu..Hee..kebetulan BB Cream dia dah habis. Amacam ? Aku anak saudara yang baik kan?
(Langkah-langkah yang berkesan untuk bodek mak cik kau yang bekerjaya dan senang)



Okay itu sahaja

Nanti aku rajin aku buat review Produk ni, senang sket korang nak beli barang make up, lagi pun Etude House ni sesuai la untuk kita-kita ni..

Hope dapat bantu korang  dalam memilih. hee..

BYE.

Tetiba sekarang aku rasa aku minat orang Korean dan sewaktu dengannya..
Tetiba jugak semangat jadi penyokong Chelsea sebab Mr.P. Hahah..


P/s: saya dah beli baru dan sudah post untuk kamu. :)

Monday, September 19, 2011

HANDBAGS SELEPAS PUTUS CINTA

Babs. 
Boy : bitch .
Girl : i've been called worse before .
Boy : oh , really what ?
Girl : your girlfriend ;D




Okay, masuk kepada tajuk sebenar. 

Korang lepas putus cinta apa tabiat korang yang berubah? 


Aku sebenarnya nak jual bag GUESS ni, tapi bila fikir-fikir balik, sayang la pulak..


Alang-alang ambil, biar buat harta. 


Yang ni aku beli sebelum raya hari tu masa keluar jalan-jalan Melaka. 
Orang selalu cakap Kalau CR taste ahjumma je semua kan, tapi kalau pandai cari ada gak la yang tak berapa nak ahjumma sangat. Err..Ahjummaaa tu apa?



Lepas tu aku terbeli handbag SEMBONIA. Sebelum Raya gak. Dah macam bagus sangat je SEMBONIA aku nak try gak beli, bagus sangat kah??

Tapi bagi aku la, bila masuk CR dengan Sembonia, aku lebih suka CR, entah, sebab CR kalau yang harga RM300++ berbanding Sembonia yang harga RM500++ lagi kukuh yang CR. Lagi berbaloi beli di CR berbanding Sembonia. Dah tu Sembonia macam mahal sangat.Tapi kalau korang banyak duit , beli je la kan. Tak pun pujuk-pujuk la bf korang belikan. 

Tapi yang ni murah gila aku ambik. Ingat aku ngok sangat ke nak beli kalau aku rasa tak berbaloi. 

Padahal selama ni, mana aku peduli pun brand apa. 






NEXT month aku plan nak ambik COACH la pulok..Tapi yang below RM1K sahaja...sebab aku dah kena start bayar PTPTN .Nasib baik dulu PTPTN tak ambik full. =.= Wah, bagus-bagus. Kalau COACH dekat sana macam murah sket berbanding Di Malaysia!!  

Boss: U nak sangat Pergi sana,  kerja dan belajar ke shopping?
me: Err..shopping boss.
Boss: nah duit belanja.


Kalaulah ada boss macam ni dalam dunia ni...MENIPU SANGAT KALAU ADA. Eh..eh bos aku tau ke blog aku. Mati-mati.

Habis kalau hantaran kahwin aku nak handbag apa buat hantaran??




Err,....Siapa kata putus cinta save badjet? 
Tak melambangkan student yang sweet innocent langsung.




Nota kaki: Nasib baik la meroyan lepas putus cinta beli handbag tak sampai RM1K..kalau Buat gila pergi beli yang Beriban tu, sah gila.