Friday, August 17, 2012

SETAMBUN TAH*K

Holaa! Hari ni aku nak ceritakan tentang sejenis pokok yang boleh di katakan hampir pupus ya kawan kawan. Eh memandai je aku cakap pupus. Tapi susah la nak jumpa.. Sebelum ni, Faiman ada bagitau aku tentang sejenis pokok yang namanya tidak enak di sebut, Terutama ketika sedang menikmati juadah berbuka puasa. kui kui kui. Aku macam tak percaya dan cakap Faiman ni mesti nak kenakan aku sebab dia memang suka kenakan aku pun. Tapi bila suatu hari ketika kami pergi berkhemah tempoh hari, Faiman tunjukkan aku sejenis pokok yang di namakan "setambun tahi"
Hudus tol nama nya kan. 

Bila aku google, maklumat menyatakan pokok ni di kenali sebagai pokok Setambun Merah atau nama saintifiknya "Baccaurea parviflora". Buah dia seakan buah rambai. Aku cuba jugak makan, masam macam buah rambai, tapi kecik kecik je. Faiman yang bukakan sebab aku tak tau nak bukak macam mana. Kalau salah bukak, nanti Faiman gelakkan aku. Langkah selamat, suh dia bukak. 

Buah dia warna merah dan keluar hanya pada pangkal pokok. Ya kawan kawan, dekat akar akar dia. Setambunggg!!!. Macam tahi. Sebab tu la orang kampung panggil SETAMBUN TAHI atau dalam bahasa ganu nye..SETAMBUNG TAHIK. Hodoh benor namanya..


setambun Tahi
 Bila tengok pokok ni, baru aku faham kenapa orang panggil setambun tahi, hahahha..mula mula aku gelak dulu. Bila di yakinkan kawan kawan, baru aku percaya. Pokok ni tak jauh dari khemah aku, tak sangka jumpa jugak.
pandangan dari jauh
 So kalau anda berada di sekitar Besut, nak tengok pokok ni, boleh ke Lata Tembakah besut. Korang boleh mandi dan tengok pokok ni sekali. Mandi tu hati-hati..jangan buang sampah!! hee
geli lak tengok banyak banyak cam tu

grrr....
Oh ye, kebaikan pokok ni aku tak pasti, nanti aku tanya Faiman..masa kawan kawan cerita, aku khayal ke lain..so tak ingat. Faiman mesti ingat. eh Faiman mesti tahu. Dia tu Google bergerak.
Kalau dekat kampung korang pun ada kot, ce tanya atok atok korang..hee..

okay..

sekian Terima Kasih. 


2 comments:

Princess Feyqa said...

waaa tak pnh nmpk~

kim said...

serius saya x pernah tgk pokok ni..huhu