Holaa! Hari ni aku nak ceritakan tentang sejenis pokok yang boleh di katakan hampir pupus ya kawan kawan. Eh memandai je aku cakap pupus. Tapi susah la nak jumpa.. Sebelum ni, Faiman ada bagitau aku tentang sejenis pokok yang namanya tidak enak di sebut, Terutama ketika sedang menikmati juadah berbuka puasa. kui kui kui. Aku macam tak percaya dan cakap Faiman ni mesti nak kenakan aku sebab dia memang suka kenakan aku pun. Tapi bila suatu hari ketika kami pergi berkhemah tempoh hari, Faiman tunjukkan aku sejenis pokok yang di namakan "setambun tahi"
Hudus tol nama nya kan.
Bila aku google, maklumat menyatakan pokok ni di kenali sebagai pokok Setambun Merah atau nama saintifiknya "Baccaurea parviflora". Buah dia seakan buah rambai. Aku cuba jugak makan, masam macam buah rambai, tapi kecik kecik je. Faiman yang bukakan sebab aku tak tau nak bukak macam mana. Kalau salah bukak, nanti Faiman gelakkan aku. Langkah selamat, suh dia bukak.
Buah dia warna merah dan keluar hanya pada pangkal pokok. Ya kawan kawan, dekat akar akar dia. Setambunggg!!!. Macam tahi. Sebab tu la orang kampung panggil SETAMBUN TAHI atau dalam bahasa ganu nye..SETAMBUNG TAHIK. Hodoh benor namanya..
setambun Tahi |
pandangan dari jauh |
geli lak tengok banyak banyak cam tu |
grrr.... |
Oh ye, kebaikan pokok ni aku tak pasti, nanti aku tanya Faiman..masa kawan kawan cerita, aku khayal ke lain..so tak ingat. Faiman mesti ingat. eh Faiman mesti tahu. Dia tu Google bergerak.
Kalau dekat kampung korang pun ada kot, ce tanya atok atok korang..hee..
okay..
sekian Terima Kasih.
2 comments:
waaa tak pnh nmpk~
serius saya x pernah tgk pokok ni..huhu
Post a Comment