Saturday, March 31, 2012

BANYAK TITIK

Ingat tak aku pernah Post pasal aku buat Visit dekat Kuala Terengganu..ala-ala tourist gitu...keh keh keh. So, hari ni aku nak post and tunjukkan apa hasil kerja aku hari tu masa melawat NACC..Almaklumlah..dah 1tahun setengah tak mewarna..terlupa pulak aku ni pernah jadi budak Art.. benda macam ni kalau lama tinggal memang berkarat. So, ni la hasilnya..

before

After -masa ni  still basah..

Masa kering
Oh, mata dia warna biru sebab pakai contactLense kaler-kaler..hoho..
Okay, Sekian Terima kasih. 


Thursday, March 29, 2012

TENTANG KEHILANGAN

Ada yang hilang, ketika kau hilang..

Bertanya pada diri,
Dia yang akan ku temui kelak,
sudikah menjaga aku sehingga ke nafas terakhir?
Sudikah di sisi ketika hembusan nafas yang terakhir?
Setia disisi aku membaca kalimah suci Al Quran ?
Sempurnakan aku sehingga takbir yang terakhir?





Baru kehilangan seorang sepupu pagi tadi. 
Allahyarhamah meninggalkan seorang anak comel berusia 3 tahun,
dapat lihat air mata seorang lelaki mengalir ketika jenazah dikafankan, 

Al Fatihah untuk my cousin..KakNgah Ella. :'(
Banyak sangat kenangan dengan dia ..
terutama bila aku sekolah di Kampung form 1-form 3

Monday, March 26, 2012

DIARY ONLINE

Rasa nak gelak.
Tadi lepas balik kelas aku teringat pasal SMS kawan aku cik siti atau Od, 
jadi aku buka telefon bimbit dan baca semula SMS dia,

Sepanjang 3 page eh page ke orang panggil? Aku paling suka ayat last
"Life is wonderful if you know how to live"
24 March 2012 
7.45 am

tiba-tiba..

tuuuut ...tuuuuut...

panjang umur...ni bukan kali pertama bila aku tengah cakap pasal dia or tengah ingat atau tengah buat apa-apa berkaitan dia tiba-tiba dia call..Berkali-kali. Aku rasa dia ni memang panjang umur. Keh keh keh,,,

bila panggilan di angkat rasa bunyi bising dengan suara-suara kanak-kanak ,budak-budak sekolah. 
Juga...aku dengar suara seseorang bersuara dengan "lantang" 

"Heyy...Heyyy.,...heyyyyy.""

Kalau aku jadi murid murid..lagi bising aku dalam kelas..almaklumlah cikgu jerit hey hey hey comey sangat. Tak takut langsung. 

Aku gelak sorang sorang. Sah, dia salah tekan or tertekan sendiri. 


ATAU dia saja nak jeleskan aku , sebab dia cikgu. Keh keh keh. Tak de keje nak fikir negatif.

Lepas tu kakak aku call, nak jemput aku di Kolej ajak ke bandaraya Kuala Terengganu sekejap.
 Dalam kereta kakak aku tanya 

"Weh bape lame erk dari sini ke KT?"

so aku jawab la..

"About 15 minutes"

"Berapa KM erk?"

"I'm not sure but dont worry i will inform you later"

"Aku lempang jugak budak ni karang"

Keh keh keh..salah kah aku kerana mengaplikasi pekerjaan aku dalam urusan pribadi? Salah kah aku kerana menggunakan perkataan "I'm not sure but dont worry" 

Kakak aku cakap sangat la poyo. Sopan sangat . Speaking berterabur..tak payah la gelikan telinga dia. 

Sampai hati tak support aku kan...

kan...benciiiiiiiiiii...

Oh tadi makan Hainan Chicken Rice at Pantai Batu Buruk  or literually  means UGLY STONE BEACH but in reality it is a beautiful beach. :P keh keh keh

RM5 je..tapi sangat kenyang dan sedap

Wah, diary online ni kiranya . Sume benda nak citer.. Makan tengah hari tadi cekik darah tak mau citer? Oh, Ganu makan mahal la. Hee..ade jugak idea aku tulis hari ni kan? Semata-mata nak kekalkan Buffered earning..heheh..tulis je pape..janji setiap hari update. 

Okay, manuskrip! Sambung!  

Friday, March 23, 2012

SEPETANG BERSAMA

keh keh..Jiwo jiwo aje tajuknya...Okayyyyy...Nak update belog! Godex godex laptop terjumpa satu album makan. Oh baru teringat, Bulan lepas kawan Beeha , Ray jemput dari Dungun . Banyak kali plan nak keluar sama, tapi asyik tak jadi. Akhirnya..hari tu kitorang keluar jugak. So, petang tu kitorang berhenti dekat satu gerai Mee soup yang katanya sangat best dekat Kelulut, Marang Terengganu.

Err..sebenarnya kan,Beeha Lupa apa Beeha makan, tapi yang kelakarnya adik kawan Beeha ni, masa makan, pelik benor dia...2-3 kali tukar tisu lapik baju dia..Wahhh..sopannya..tengok bawah, penuh tisu..hee..comel..


Tapi sebab lewat petang sangat tak boleh nak bergambar gedix sama-sama..so cuma makan, borak-borak..then balik. Waa..Hajat di hati nak duduk satu kolej dengan Ray, tapi memandangkan I dah bercerai talak tiga dengan Uitm, so saya tak boleh nak bergedix lagi dengan Ray.

Macam yang kita tau, Terennganu memang ada pesisir pantai yang sangat-sangat cantik, but certain place kebersihan kurang terjaga.Tak Kotor, cuma kurang terjaga. Macam kat sini, kalau dibandingkan dengan kawasan lain..kurang cun, cuma famous dengan makanan tempatan sahaja lah.

Oh, Beeha minum air Kelapa!! Sedap..



Okay, ni lah Diva yang Beeha maksudkan tadi..setiap kali makan memang dia buat macam ni. Cute kan...hee..

okay tu je..gambar banyak..tapi SAIZ GAJAH. nak kecikkkan pixel tu agak ...lama ye...so upload seposen dua aje.... ^_^

BYE!

Tuesday, March 20, 2012

TEASER: VISIT II KUALA TERENGGANU

Selamat Petang dan salam 1Malaysia .

hee...awak..awak..saya...saya...nak cerita ...
tadi..saya pergi buat visit dekat 4 tempat Kraf ,saya seronok sangat tau..tau..


Euwwwww..pahal gedix sangat ni.

okay..penat sebenarnya ni, tapi rasa macam nak update la jugakkan..Gambar lain-lain belum dapat lagi. Tapi tempat last Beeha pergi dekat NACC..wah, handphone mati pulak..tak dapat nak snap banyak-banyak gambar..Sebelum tu..tengok orang buat Keris! Phew..sumpah awesome!Then, tengok warisan ukir kayu, Tembaga and last Batik lah dekat NACC..

So Beeha ada cuba buat batik. Rasanya..ini nak hadiahkan untuk someone..ada plak tulis NACC tak jadi la nk bagi orang...tapi ni Beeha tunjuk sebelum aje ok....Yang dah siap warna tadi..Kemudian la tunjuk..supriseeeeeeeee kononnya..

hee..bukan..takut tak ada idea berbelog plak nanti...

Huahuahua...
okay...sekian Terima kasih.
Room mate aku semua da tidoqqqq....Nite!

Monday, March 19, 2012

TENTANG TEMAN...

Awak tahu...
perginya awak dari hidup saya..
Kosong.,....

Bertemankan kenangan ..
saya tempuh hidup saya tanpa awak..

awak...
Setiap kali saya pergi tempat yang
saya pasti awak tidak jauh dari saya...

saya akan ingat awak..
Saya tak delete satu pun gambar awak dari memory laptop saya..


Awak...,bila dia cakap awak cari saya..
saya kelu..
saya pilu..
saya terharu...
Jadi saya stalk wall awak...

Saya jumpa ni...



Saya bukan menghilang....saya cuma hilang dari apa yang telah di hilangkan..
andai kata awak mahu saya kembali...


Saya akan kembali...

InsyaAllah....


Terima kasih kerana mencari saya...
Maaf sekiranya kehilangan ini  cukup menjengkelkan..
dan maaf jika entry dan print screen ini sungguh tidak menyenangkan...

~SKEMA JE AYAT.~



Friday, March 16, 2012

HOW I MEET MR.P

Ini cerita mr.p tak bernyawa..Bukan yang sedang bernyawa itu. 


Aku sebenarnya dah lama NAK!! sesuatu yang bernama pilot Bear ni. Aku nak dengan tidak mengeluarkan sesen pun maksudnya..aku mahu ianya di jadikan satu hadiah dari seseorang untuk aku.

Dulu tiap kali aku aku ke bilik kawan aku, kalau tido sebelah dia, aku mesti request "bak sini pilot bear ko"
Tak mintak pon ada gak la. Main ambik je. Jadi aku mula rasa nak, tapi dengan tidak membeli. 

Ini kawan aku punya. Gambar ni agak lama la jugak. Kali terakhir aku tengok PilotBear ni tahun lepas. Hilang dah topi dia..

Haish...aku tak tau macam mana nak gambarkan perasaan yang terlalu nak pilot bear ni setelah sekian lama..lama..lama..dan sangat lama! perasaan yang setiap hari kau cakap nak..nak..nak tapi tak nak beli dan  mahu ianya sebagai hadiah dari seseorang. 

Nak tunggu seseorang tu yang payah tu. 

Pada suatu hari..........




Ye..aku adalah salah seorang pemenang yang bertuah itu. Huahuahuahua..

Korang mesti tertanya-tanya apa lah yang aku tulis kan? Aku tulis "WHY PLANES CAN FLY?? " Ada lagi la sambungan ayat belakangnya... Huahuha..ayat soalan ni, aku pernah tanya orang, ye, aku tanya dekat orang bukan beruang dan mula-mula dia nak jawab berdasarkan apa yang dia belajar kot. 

Dan aku rasa, ketika aku tulis ayat ni, aku memang merujuk kepada orang tu bukan beruang.  Hewhewhew..Romantis juga aku ni. hew hew hew...

Okay tu je la..Terima Kasih Malaysia Airlines!

Tuesday, March 13, 2012

PERJALANAN MR.P

Bangung pagi saknin, my mom suruh kuci pitu, selok,grill tutuk abih. Family aku sume balik Setiu  . Aku itai luor, kete se agi ade. Tapi memang dok la kalu aku nok tubik g mari. Sesen xdok. 

Aku tido mula. Pukul 10 pagi wase nak bangung sebak dok sedak badang. Pe ge nok demang selsema.
Aku cari ubak dok jupe. Aku tido mula. Dok tahu la bakpe wase derah ngak putus asa. Cari ubak je pom. 

Aku duk rilek kejak. G mandi,pastu buka laptop, nok sambung manuskrip aku dok siak lagi. Teringak ke design CD untuk kawang aku dok edit agi saiz ye. Aku wat siap-siap , ator kok email. Tapi dok kabo agi . Panda-panda ah ye cek email. Sebab malang takdi malu doh, aku call ye kabo aku sedih bla..bla..bla..xpasal ye pujuk tanpa rela. Hewhewhew

Coy, Tetibe teringak pasa hal malang! Aduh la..tu la aku..gelenya nok tengok. Pastu otok penuh teka teki. Aku nak buang "INSTINCT " ni buleh dok agok2? sebak naluri kuak sangak ni sokmo mapuh aku. Pe ge lening ah. Rasa moody. Padahal bukang ade mende pom.

Kadang-kadang aku rase aku ni dok penoh ade peluang atau aku terlambak? 

-----------------------------------> NATIONWIDE CALL<--------------------------------

yipppppie!!!My Mr.P dah nak sampai..Thank You Malaysia Airlines!



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berbalik ke cerita sebenar., Tahu dok, aku wase pe dok lalu makang, aku duk mikir hal malang mareng. Pah wase nak nangih berjebok-jebok. 

Ade la rase tenang skek bila BFF pujuk gitu. Tapi wase agi la skek-skek. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah la.
Nak g umah atok aku. nak tengok Mr. P. yabeda bedddddu....
mesti dah sampai!
Hujang lebak. Bak kata mak aku, hujang beroh bing. Ye ke dok la. Aku ni kadang bahasa ganu saloh sokmo. But I'm not celup2 erk..Ori. 


Ni entry tentang apa? Perjalan Mr.P?
Mungkin. 




Monday, March 12, 2012

NAK UPDATE JUGAK!

#Penat gila. Gila pun tak penat macam ni. Baru balik dari A Famosa Resort Melaka. Mata mengantuk, tapi nak jugak online. 


#Semalam my bff cakap dress untuk I pakai ms her wedding dah di beli. OMG, ok, silap.. Ya Allah..tak sabar sangat!  Excited macam aku yang kawin. 

#Tadi nampak ada jual DVD Ombak Rindu (Ori kot) ..hurm..ada ke yang beli erk? teringat masa my auntie langgan Astro First untuk Ombak Rindu, dalam sehari berapa kali panggil suruh tengok Tv.Then  Dekat tenet pun percuma... sian la jugak pemilik Karya tu..

#Tak duduk Sepang.Ingat nak duduk seminggu dua, Rindu awak yang kat Sepang tu...Haha lama nyewwww.. Konon nak date dekat Johor kan? Awak ke Muar, saya plak singgah Tangkak .Memang tak dating la kita kan.

# Rasa macam ada orang marah aku, tapi serius dan jujur belum mampu nak selesaikan, tak tau nak cakap macam mana.

# Mengantuk. Hurm. 


Friday, March 9, 2012

DESIGN PROPOSAL

Wah, rasa macam nak dekat sangat je tarikh perkahwinannya.
Tapi aku macam tak ada idea untuk design.

Tengah korek idea.Bukan idung.

Yang dorang ni asyik cerita hantu apahal. Sila bincangkan kisah perkahwinan ye ...

i do not own this photo
Sekian Terima Kasih!

Tuesday, March 6, 2012

MARI BACA NOVEL

Beeha agak lama tidak membaca novel, kali terakhir ketika di tingkatan 5 atau 4. Lupa. Novel MENCARI CINTA. Itu adalah novel feberet sampai sekarang. Novel English banyak yang di baca tetapi lebih banyak tak habis baca dari yang habis. Pernah terbeli novel English yang menyimpang dari norma kehidupan. Itu lah, sebelum beli baca sinopsis macam best, dalam, tengah-tengah hampeh. Tapi kalau novel English, Danielle Steel memang best dan romantik habis. Kalau novel tak cinta lembab sket la nak baca. Heee...

Kalau Novel Melayu, Beeha start dengan novel dari Ahadiat Akashah, dan nama BEN yang Beeha pakai disebabkan watak dalam salah satu novel Ahadiat Akasyah. Kawan-kawan tertentu sahaja yang panggil BEN. BEN bukan nama Family. (Sebab ramai yang tanya adakah itu nama Family memandangkan cousin-cousin Beeha pun ada Ben) Ada sejarah sket macam mana dorang pun pakai BEN. Sejarah yang sengal. 

Antara novel terawal yang dibaca ialah Jendela Hati, Ombak Rindu, Kau yang satu , lagi tak ingat sebab dah lama. Tapi berapa bijik sangat la Beeha baca, sebab cerita banyak yang lebih kurang sama, kawin paksa, kawin benci pastu cinta, anak dato,tan sri. Very the bosan. 

Pernah mula nak baca novel semula selepas SPM, masa ADAM HAWA tapi Beeha baca dalam 20 ms lepastu terus malas nak baca! Sampai sekarang.

Tiba-tiba..........

Pada suatu hari..terdetik nak beli novel. Kebosanan. 
Jadi, 11012012 Beeha nak beli novel yang tajuknya Kasih Benar Kasih, Karya Aleya Aneesa. Cari punya cari tak jumpa. Sampai rasa frust, down gila. Sebab jalan cerita dia memang jalan cerita yang Beeha  nak. Ohoi. 

Hari kedua, Beeha cakap , tak apa la, beli je la novel apa-apa pun janji bukan yang very the novel. hikhik

So, Beeha beli la novel ni.

source: Link kt gambar.
Eh tetiba ada BB cream kat situ.

Beeha beli dari bulan January, masuk March pun belum habis lagi. Ini novel melayu, kalau English tak tau la tahun bila habisnya.

Cerita dia best, macam rancangan The Bachelor ...Ayat, bahasa jugak agak bersahaja, dekat dengan kehidupan kita. Kita akan tersenyum sebab ayat2 dia kadang lucu dan menjadi. Kena dengan keadaan. Novel ni buat Beeha  teringat dengan sorang kawan, kami selalu bergurau macam tu. 

Best la jugak, walaupun tak habis lagi baca..dalam 220 ms lagi nak habis. Lama betul nak habiskan cerita ni kan? Kalau buat drama bersiri best gak cerita ni. 

Okay, sekian TQ. panjang bebel.

Monday, March 5, 2012

NEELOFA: AZURA 2012

Okay, sebenarnya dah lama nak buat review pasal filem Azura ni. Serius Beeha cakap, Neelofa selain sahaja cantik yang amat sangat, dia sungguh berbakat. Tidakkah anda merasakan rancangan NONA semakin best sebab ada Neelofa? 

Pada awalnya Beeha memang kurang suka Neelofa sebab cerita-cerita pribadi and pernah rasa Neelofa ni macam someone, tapi sebenarnya tidak la sama. Mata sahaja buta menilai. Tapi, Pendapat tentang Neelofa berubah bila menonton Jiwa dan Lara, Kitab Cinta dan Azura. 

Kebetulan ada kawan-kawan cousin yang mengenali Neelofa ketika mereka belajar di MRSM  Langkawi dan Beeha selalu jugak berborak dengan cousin pasal Neelofa. Entah, Neelofa adalah tajuk yang best untuk di bincangkan. 

Kitab cinta

Neelofa mengaji  tanpa perlu menggunakan suara orang lain. Kan? Artis lain tak ramai boleh buat begitu. 

Azura 2012

Okay now aku nak cakap pasal Filem Azura 2011. Lakonan Shahrizal Jaszl bagi aku biasa je. Tak pulak sampai aku teringat ke apa. Tapi Lakonan Neelofa memang Best. Tapi ada scene yang aku rasa macam pelik sket.



Scene yang ni, tak la besar mana persoalannya, tapi mengganggu otak aku. Korang pernah duk semeja bertiga macam ni? Lepas tu meja depan korang kosong? Baik la duduk berdua, sorang lagi duk depan. Logik la jugak kalau Azura tak nampak Zack datang. Yang kawan dorang boleh nampak, Azura tak nampak and tak sedar Zack datang. Hurm..tertanya-tanya.. 


Kecantikan dia buat aku terpegun.ececcecec.. Subahanallah..cantiknya...Cousin aku yang umur 5,8,9 tahun tu pun kenal dan cakap dia cantik.  Cuma dorang tak  tau la nama neelofa ni  Neelofa. 


Ada satu kata-kata Zack yang dia cakap, dia perlukan pembimbing, dan Azura boleh bimbing dia. Salah tu . Azura ni, kalau digambarkan dia seorang yang mengikut perintah Allah, tak seksi, aku rasa betul la tu, Azura boleh bimbing Zack, Tapi dalam cerita ni, Azura tu yang juga perlu di bimbing. Skrip filem ni boleh buat aku loya. Perkataan Khalifah yang di guna pakai sungguh tak menyentuh hati aku. Ayat Zack masa nak habis dah citer ni, "Rasullullah juga pernah dipimpin isterinya" tu, tak boleh nak samakan dengan cerita ni. Melainkan., Azura adalah sehebat Siti Khadijah .Itu pendapat aku, maaf kalau pendapat aku salah. 


 Ini buat aku gelak. Hehehe..masa Zack pergi melawat ayahnya di Paris.Justin Bibir lah!! haha
Lepas dorang dah kawin, yang peliknya Zack ni tak ada sumber kewangan, Yang nenek dia bagi kalau convert duit Malaysia tak la banyak mana, tapi duduk rumah yang agak besar jugak. Duduk rumah teres biasa sudah la. Kata berdikari. 


Scene yang ni memang aku tak faham langsung. Tak faham pape okayh. Rasa kekeliruan yang amat sangat. Pelik betul suami isteri ni, tak berkomunikasi ke? Suami banyak tak tau pape. Kalau aku, untuk elakkan timbul isu yang tidak di ingini, baik cerita awal-awal. Suami adalah untuk dipercayai. Ya, bukan bulat-bulat.



Lagi satu kan,Tan Sri pakai Rantai besi. Sungguh tak seeesssswaaaaaaaaai...Tak rasa macam Tan sri yang dihormati dan disegani pun. 

Aku tak ada masalah sangat dengan Afdlin Shauki ni sebagai bapa kepada Zack sebab Afdlin memang ada kelas tersendiri. TAPI bab pakai rantai tu kurang sesuai bagi aku. Nampak macam gangster. Tak korporat langsung. Keparat mungkin. 

#Pendapat aku, filem ni agak tak best dari segi skrip nya. Tak berkesan di jiwa, Tiada dialog yang berkesan di hati.

Tapi ramai pelakon yang best.

Filem ni buat aku lebih sukakan Neelofa. !!

Okay thank you. Terima kasih Astro First. Hik3x..

PACAT!!

Kelmarin pergi rumah makcik aku, Entah macam mana PACAT boleh ada dalam rumah. Biasa kalau pacat-pacat ni di import dari rumah tokki la. Kebun Kiri kanan belakang depan. Sekarang pulak asyik hujan je...

So, ni video Pacat tu. Tak geli pun pacat ni. Masa aku kecik-kecik dulu siap kutip kumpul atas simen sebab nak tengok pacat berdiri tegak. Teruk gak la kena marah sebab buat keja yang euuw..Tak mumayyiz lagi masa tu..Euuw..



#Abaikan bunyi bising kat belakang!!

Sunday, March 4, 2012

BLACKBERRY TORCH

Hari tu teringat pulak someone tanya aku, sebab aku online Chat facebook tapi masa tu aku dalam perjalanan ke KL. Aku online dekat mana? Masa tu tersembang pasal phone. Aku cakap la aku pakai phone TORCH LIGHT je..Yang chat Fb tu pakai Experia  la kan. Biasa la kita kerja tak tetap macam orang tu..kerja dengan MAS boleh la pakai Iphone. Eh aku tetiba cakap pasal tu kenapa?

Okay tetiba cakap pasal orang lain. hewhewhew..Siap ingat aku ada BB torch. tak kelakar ok.Fon torchlite paham-paham je la.... 

Yang aku nak cerita sebenarnya pasal ni, semalam pak cik aku kutip buah ni kat umah dia la.. Aku tak tau la buah ni Blackberry ke Rasberry. Ke ada nama lain? Aku pernah buat entry  pasal buah ni dolu dolu. Time cuaca sejuk sket, lebat lah dia.




Rasberry ke Blackberry ? Ke nama dia lain? Bukan kedua-duanya tapi sepupu Berry?

#untuk awak yang kat UKM tu...sabo je la....Harap-harap cuti Midterm ada lagi banyak. Ni Ummi bowok ke Insyirah. 2 minggu lepas dia kutip sendiri makan sendiri. 

Apa kena mengena blackberry torch dengan entry? Tak da pape..saje ..hew hew hew

macam sama je kan?

source


Saturday, March 3, 2012

SHARING IS CARING


Friday, March 2, 2012

I like being alone


I like drinking coffee alone, and reading alone.
I like riding the bus  alone, and walking home alone.
It gives me time to think, and set my mind free.
I like eating alone, and listening to music alone.
But when I see a mother with her child, a girl with her lover, or a friend laughing with their best friend, I realize that even though I like being alone, I don’t fancy being lonely. The sky is beautiful, but the people are sad. I just need someone who won’t run away.

Source: Tumblr.com (Insidethecastle)

source :alone

Thursday, March 1, 2012

SPREAD THE LOVE ^_^ # 3

source:spreadsalam.com

Hey saya mahu tunaikan impian saya yang dulu. Senyum sorang-sorang baca email dari mereka. Seperti jodoh kami begitu kuat tapi saya masih belum buktikan. Yes, I will.

SPREAD THE LOVE ^_^ #2

source: spreadsalam.com